15 February 2016

PART 4: OUR JUNIOR JOURNEY (RESULT TVS)


APA ITU TVS?

TVS atau nama medical TRANSVAGINAL SCAN. alat seperti tongkat dimasukkan ke dalam faraj untuk menghantar gelombang bunyi dan mengumpulkan refleksinya. Ia digunakan secara lebih kerap pada awal kehamilan apabila rahim dan tiub follopio berada lebih hampir dengan faraj berbanding permukaan perut.
Ni la gambaran TVS.. Ada yang tanya sakit ke tak, sakit tu tak de la sangat, tapi senak tu ada la..hihi. yang penting kena relax dan tarik nafas panjang-panjang.

Ini alat dia..



29 Oktober 2015
            TVS adalah untuk melihat saiz telur kalau dalam bahasa hospital follicular tracking. TVS ni akan dibuat pada hari ke-12 period, dalam kitaran subur jgk la. Lepas di scan, saiz telur saya tak cukup matang lagi, so, doc suruh saya datang balik scan pada hari ke 15 period.

            Lepas scan hari ke 15 period, saya punya telur saiz 13mm, doc cakap belum cukup matang untuk lakukan IUI procedure. Kalau saiz telur dalam 18 – 20mm dia akan proceed untuk IUI. Jadi, doc tambahkan dose CLOMID dari 50mg ke 100mg.

Klinik Pakar O&G HSNZ... 


29 November 2015
            Sekali lagi saya lakukan TVS scanning. Tapi masih tak ada berita baik. Telur masih belum cukup matang. Masa ni saya dah hampir give up. Mana taknya hampir setahun berulang alik ke hospital. Suami yang bagi semangat supaya teruskan mungkin ada hikmah disebalik semua ni.

            Disebabkan penat untuk berulang alik ke hospital, saya mintak doc hold kan dulu. Doc cakap ok jgk, bagi masa sy bertenang. Mungkin terlalu stress memikirkan semua ni. Jadi saya ambil keputusan untuk continue my follow up pada bulan 1 2016. Sementara tu, doc bagi saya CLOMID untuk membantu saya. Kali ni doc naikkan dose paling tinggi 150mg. doc cakap akan ada sikit effect lepas ambil ubat ni sbb dose terlampau tinggi. Memang ada effect. After saya ambil CLOMID 150mg, kepala pening dan rasa loya. Bagi mengatasi masalah ni, saya minum air masak dengan banyak.

Part seterusnya, hampir ke IUI procedure… yyeeeaayyyy


14 February 2016

PART 3: OUR JUNIOR JOURNEY


22 April 2015
            Di klinik O&G HSNZ, saya ambil peluang untuk bertanyakan dengan lebih detail tentang PCOS ni. Doc menerangkan sebab dan factor yang menyumbang kepada PCOS. So, doc sarankan saya melakukan operation. Dalam operation ni, doc akan buat ovarian drilling and dye test. Tujuan operation ni dilakukan adalah untuk drill kilang telur supaya PCOS ni tak menghalang proses pengeluaran telur. Dye test plk, tujuan untuk melihat tiub folopio saya.

Ni cara dia buat pembedahan ovarian drilling. untuk yang nak tgk dengan lebih jelas, tgk dalam youtube.


14 Jun 2015
            Dah kena warded awal-awal. Tarikh operate 16/6/15, tp doc suruh masuk awal sbb nak scan and briefing psl bius. So berkampung la saya kat sana selama 4 hari. Aktiviti sebelum operate adalah...makan..tidur..makan..tidur... hihi



16 Jun 2015
            Tiba masa untuk operate. Tipu lah kalau tak nervous, semangat makin kuat lepas tgk semua family terutama my husben bagi sokongan. Dalam jam 2 ptg saya dimasukkan ke dewan bedah dan diberi bius penuh. Sedar tak sedar saya dh berada di katil ward time tu dah malam. Sakitnya hanya tuhan yang tahu, mungkin ubat bius dah hbs. Terasa ngilu kat bahagian perut. Keesokan harinya, saya dah boleh discharge, yeeeeaaayyy boleh balik rumah. Saya berpantang jgk, sbb kita tak tahu keadaan kat dalam macam mana kan.


Ahli keluarga setia menunggu depan dewan bedah. bau tak sakit pinggan diorg mengunggu.. dari kul 2pm smpai 4.30pm bru keluar dari dewan bedah.

Terima kasih awak sebab sentiasa berada di sisi saya.. dan awak jgk yang angkat saya ke bed di ward after operation.. katanya mengalir airmata dia lepas tgk saya tak sedarkan diri tapi airmata saya keluar. saya masih mamai lagi masa tu. yang saya dengar suara2 ahli keluarga, nak menyampuk tak boleh sbb tak sedar sepenuhnya lagi. dalam pukul 8.30 baru saya sedar sepenuhnya..saya masih tgk awak di sisi saya. terima kasih awak.

Discharge time...!!!! yeeeaayyyyyy dapat rehat kat rumah... TQ nurse2 yang cantik dan baik hati...


23 September 2015
            Follow up after operation, Alhamdulillah, doc cakap xde masalah, so doc continue dengan ubat CLOMID 50gm. Lepas tu doc nak buat TVS untuk tgk saiz telur, sama ada matang ke belum. Sementara tu, sebelum balik, saya ke bilik IUI procedure untuk jumpa dengan nurse. Tujuannya saya nak mintak dia terangkan secara detail tentang IUI ni. Nurse tu mmg bagus dengan cara penerangan dia. Terang dan jelas.

            Mesti korang nak tahu ada effect tak after operate ni. Apa yang berlaku pada saya, memang ada effect, effectnya, seminggu sebelum period, saya akan berasa sakit di bahagian rahim. Rasanya macam kita senggugut, tp ia akan berlarutan selagi tak period, doc suruh saya makan ubat tahan sakit, saya biarkan je. Tak kan la setiap kali sakit nak telan ubat. Tahan je la..

Part seterusnya saya akan cerita tentang result TVS saya….

PART 2: OUR JUNIOR JOURNEY (Temujanji dengan Klinik Pakar O&G)


23 Julai 2014
Pada sesi temujanji pertama ni, tak banyak yang dilakukan, doc cuma ambil semua keterangan kita, dari luar sampai ke dalam kelambu. Time ni tak yah nak malu-malu, kita datang untuk rawatan, nanti kalau kita tak ceritakan semuanya, susah untuk doctor dan juga kita.
            Ok, disebabkan kami tinggal di Dungun, doc sarankan kami refer ke klinik pakar O&G di Hospital Dungun. Ok jgk, sebab dekat sikit.

13 Oktober 2014
            Di Hospital Dungun, doctor bagi saya ubat untuk lancarkan period. Nama ubat tu PROVERA (untuk lancarkan period). Doc bagi untuk 2 bulan. Tapi saya makan skali je pastu period datang secara normal dan tarikh tetap, Alhamdulillah. Bila period dah ok, doc bagi ubat subur jenis CLOMIPHENE atau biasa kita panggil CLOMID, ubat ni makan time period hari ke-2 hingga hari ke-6. Dalam masa yang sama, saya kana ambil darah untuk Day-2 dan Day-21. Si suami dah ambil sample air mani dan dah dihantar ke makmal. Part suami dah settle.

8 Disember 2014
            Masih lagi temujanji di Hospital Dungun. Lepas di scan dan check up apa yang patut, doc cakap saya ada PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Apa itu PCOS? (baca kat bawah, saya ada terangkan sikit pasal PCOS ni). Lepas saya dapat tahu yang saya ada PCOS, saya terus buat research pasal PCOS. So, dari situ saya mula diet. Saya agak chubby, after struggle untuk diet, saya dapat turun sebanyak 5kg sahaja, dh cukup memadai buat masa tu. Doc refer balik ke O&G HSNZ untuk next planning. Part seterusnya lagi best……………………



APA ITU PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)?

     Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat lebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolestorl. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT PCOS?
  • Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak.
  • kegemukkan atau obesiti
  • Kencing manis
  • Kolestrol tinggi
  • Kemandulan
  • Ketumbuhan bulu0bulu yang berlebihan seperti lelaki
KENAPAKAH PESAKIT PCOS SUKAR HAMIL?

     Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan contohnya hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.



RUJUKAN:


PART 1: OUR JUNIOR JOURNEY


Sebelum saya kongsikan pengalaman saya dalam rawatan IUI ni. Saya akan ceritakan serba sedikit tentang perkahwinan saya. Saya dan suami kenal dari sekolah menengah masa tu form 4(2003). Tapi kitorang xde la bercinta beria-ia, just frend sebab time tu saya nak focus pada SPM. Setelah sekian lama terpisah after SPM. Kami terjumpa balik dalam facebook. So, dari situ kami mula berkawan dengan lebih rapat. Alhamdulillah tak lama lepas tu kami mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin. Kami dinikahkan pada Disember 2010. Masuk tahun ni dah 6 tahun.

Setiap perkahwinan mesti mengimpikan cahaya mata. Tapi rezeki bukan milik kami. Bertubi-tubi soalan dan pertanyaan dari keluarga dan kawan-kawan. Bukan kita minta semua ni terjadi semua ini dugaan dariNya.

Tahun pertama pernikahan kami, kami masih lagi tak membuat apa-apa rawatan (tradisional mahupun moden). Masuk tahun ke-2, saya start mengamalkan rawatan tradisional. Di mana sahaja tempat yang orang bagi tahu saya pergi ikhtiar, masih tiada rezeki. Pada masa ini jugak period saya terganggu hampir setahun tak period. Mau tak rungsing. Tahun ke-3, kami mengambil keputusan untuk berehat dari mengamalkan mana-mana rawatan dan bebas dari segala ubat dan supplement.

Setelah lama kami berehat, tahun ke-4 kami mulakan balik, tapi kali ni saya hanya ambil supplement untuk lancarkan period. Alhamdulillah ada peningkatan walaupun period tu dating 2 ke 3 bulan sekali. Dan kebetulan bulan 5 2014 adik ketiga saya bersalin, masa tu saya kat kampong. Sorang nurse datang untuk check up baby. Nurse tu la yang bagi cadangan kepada saya untuk melakukan rawatan kesuburan. Beberapa hari lepas tu, saya ke klinik kesihatan untuk mengetahui procedure rawatan tersebut. Semua berjalan dengan lancar, doctor pun bagi penerangan yang terang lagi jelas. So, doctor sarankan saya lakukan IUI procedure. Doctor adakan temujanji dengan O&G Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu (HSNZ).


Ok… jom kita masuk part 2 untuk pengalaman saya untuk melakukan IUI Prosedure. 

27 August 2015

Homemade Pizza

Assalamualaikum...

Ingat tak baru-baru ni saya ada bagitau nak share resepi pizza, now, saya akan kongsi resepi pizza. Jujur saya cakap, Kalau ikut resepi ni confirm roti pizza tu lembut dan gebu. saya dah banyak kali try buat menggunakan resepi ni, alhamdulillah hasilnya memang SUPERB..!!!

Resepi ni saya ambil dari kakak ipar saya. Mula-mula nak buat tu takut tak menjadi, tapi cubaan kali pertama terus menjadi.. Jangan malu untuk minta resepi atau untuk menimba ilmu..ilmu tak kan datang sendiri tanpa kita mencarinya.

Resepi kali ni saya sertakan beberapa TIPS dan NOTA RESEPI untuk rujukan rakan-rakan semua.





HOMEMADE PIZZA


Bahan untuk doh pizza
1 sudu teh gula
1 peket yis kering (saya guna jenis mauripan)
2 sudu teh extra-virgin olive oil
sedikit garam dan lada sulah
2 1/4 cawan tepung roti (atau dikenali sebagai tepung high protein)
1 Cawan air suam (1/2 cawan air panas + 1/2 cawan air suhu bilik)

Cara penyediaan

  1. Masukkan air suam ke dalam mangkuk, masukkan sedikit gula kemudian taburkan yis. Kacau rata dan biar hingga naik buih. ketepikan. Kalau tak berbuih sampai sudah, tu tandanya yis dah tamat riwayat.
  2. Whisk olive oil dan garam ke dalam campuran yis.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan sudip kayu. Masukkan tepung sikit-sikit sehingga habis.
  4. Uli doh hingga adunan tidak melekat di jari, jika masih melekat tambah tepung sikit-sikit.
  5. Sapu mangkuk lain dengan olive oil dan letakkan doh yang telah dibulatkan ke dalam mangkuk tersebut. Brush lightly the dough with olive oil. Cover mangkuk dengan plastik wrap atau kain lembab. Set the dough at the warm place, later i'll give the tips how to set a warm place for your dough. Rehatkan selama 45 minit hingga doh menjadi 1 kali ganda saiz asal.
  6. Setelah 45 minit, tumbuk doh untuk keluarkan angin. dan rehatkan lagi selama 30 minit.
  7. Selepas 30 minit, bahagikan doh mengikut saiz yang dikehendaki.


Bahan untuk sos tomato:
3 sudu besar olive oil
3-4 bawang putih dicincang
3 biji tomato dikisar dengan sedikit air
1 biji tomato di dadu
1-2 sudu teh oregano
1 sudu besar cili kisar

Cara Penyediaan:
  1. Masukkan olive oil dan bawang putih, tumis hingga naik bau - tak perlu panaskan minyak terlebih dahulu.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan tomato yang di dadu, biarkan hingga layu. Api jangan kuat sangat.
  4. Masukkan oregano
  5. Masukkan tomato kisar, perasakan dengan garam dan lada sulah. renihkan hingga airnya kering.

TIBA MASA UNTUK BUAT PIZZA YANG ENAK LAGI GEBU
  1. Uli doh yang telah dibahagikan di atas kawasan yang telah ditabur dengan tepung. ratakan. Sapu pan pizza dengan olive oil. pindahkan doh yang leper ke atas pan pizza. Kalau mana yang tak ada pan pizza, letak je atas tudung periuk atau loyang
  2. Cucuk-cucuk doh pizza tadi dengan garfu supaya dia tidak menggelembung sewaktu pembakaran. sapu permukaan doh dengan olive oil. Tabur oregano @ rosemary kalau suka la
  3. Bakar di dalam oven di rak paling tengah dengan api atas bawah pada suhu 200c. Bakar selama 10-15 minit, jangan bakar lama sangat, cukup sekadar kelihatan keperangan je.
  4. Keluarkan base piza yang telah dibakar, sapu sos pizza (sos tomato tadi). Letak topping yang digemari. Taburkan Cheese. Masukkan ke dalam oven 2-3 minit atau hingga cheese completely melt! saya guna mozarela cheese.

TIPS & NOTA RESEPI:

TIPS 1:
Untuk topping, sediakan terlebih dahulu, contoh, kalau nak guna udang, sotong, rebus dahulu dan toskan.

TIPS 2:
Kalau ditakdirkan musim-musim hujan nak makan pizza, mesti lah risau doh tak naik kan? cara saya, panaskan oven 150c selama 10 minit. Selepas dah cukup 10 minit biarkan dalam 2-5 minit. Kemudian dah agak-agak suam tu masukkan doh yang telah di cover dengan plastik wrap tadi. Biarkan hingga doh kembang setaman





::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails