28 December 2010

Kanser Serviks

Adakah anda mengetahui, bahawa :

Kanser Serviks adalah disebabkan oleh virus yang disebut human papillomavirus (HPV). Hal ini khusus untuk perempuan dan boleh dicegah. Lindungi BFFs anda, saudara perempuan, ibu, dan orang-orang tercinta dari kanser serviks. MArilah kita bersama-sama melindungi orang yang mereka cintai daripada kanser serviks. 



Apakah itu kanser servik?

  • Kanser pangkal rahim.
    • Servik adalah bahagian pangkal atau bawah rahim yang bersambung dengan vagina.
  • Penyakit dimana sel-sel di servik membiak secara luarbiasa.
  • Ia boleh terbahagi kepada :
    • Peringkat awal
      • Berlaku di sekitar servik
    • Peringkat lewat
      • Merebak ke tisu-tisu berhampiran atau organ tubuh yang lain / 'malignant'
      • seperti paru-paru melalui sistem aliran darah
  • Merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara.
  • Di Malaysia, senario yang sama berlaku dan terdapat peningkatan kes sejak kebelakangan ini.
  • Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,000 penduduk mengidap kanser ini.
  • 7.9% (2,000 - 3,000 kes setiap tahun) dari semua kes kanser yang dimasukkan ke hospital kerajaan adalah terdiri dari kanser servik.
  • 10.5% dari kematian wanita yang mengidap kanser di hospital kerajaan adalah disebabkan oleh kanser servik.

Apakah penyebab kanser pangkal rahim?

Penyebab sebenar tidak diketahui tetapi terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh dikaitkan dengan penyakit ini. Jika seseorang wanita mempunyai salah satu dari faktor berikut, mereka adalah golongan yang berisiko tinggi:
  • Memulakan perhubungan seksual pada usia terlalu muda.
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Mengandung lebih dari 5
  • Jangkitan kuman melalui hubungan seksual seperti 'HPV' (Human Papilloma Virus/wart virus)
  • Kurang jagaan kebersihan anggota sulit
  • Merokok (Kajian mendapati merokok boleh membuatkan sistem imun tubuh badan lebih terdedah kepada jangkitan virus dan penyakit berkaitan dengannya).
  • Kurang daya tahan melawan penyakit, disebabkan oleh jangkitan atau penyakit tertentu.
Para penyelidik masih cuba memahami mekanisma bagaimana faktor-faktor berikut berperanan menyebabkan kanser servik.

Adakah anda mengetahui tanda dan gejala kanser pangkal rahim?

Sila rujuk kepada doktor sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala berikut:
  • Perdarahan yang luarbiasa dari vagina (bukan haid)
  • Perdarahan yang banyak
  • Perdarahan yang berpanjangan
  • Perdarahan di antara haid
  • Sakit
  • Kehadiran darah beku
    • Perdarahan dari vagina selepas hubungan seksual
    • Sakit semasa hubungan seksual
    • Perdarahan dari vagina selepas putus haid
    • Keluar cecair yang luarbiasa dari vagina
  • Berbau
  • Bercampur darah

Bolehkah kanser pangkal rahim dikesan?

Ya, boleh.
Kanser servik mengambil masa yang lama untuk terjadi - lebih kurang 10 - 15 tahun.
  • Ia memakan masa berbulan atau bertahun untuk seseorang itu diserang kanser.
    • Serangan kanser biasanya berlaku dikalangan wanita yang berumur diantara 40 - 60 tahun.
  • Sebelum sel kanser servik dikesan, tisu-tisu di servik mula berubah dimana sel-sel luarbiasa mula dikesan (dikenali sebagai 'dysplasia')
  • Sel-sel luarbiasa ini boleh dikesan melalui ujian pap smear

Apakah ujian yang mengesahkannya?

Sekiranya keputusan ujian pap smear anda positif, doktor akan meneruskan dengan kaedah colposcopy.
Sekiranya keputusan ini menunjukkan adanya "invasif" kanser, ujian seterusnya akan dijalankan :
  • Full blood count
  • Liver function test
  • Renal profile
Nota : Buat masa ini tiada ujian darah 'Tumor Markers' untuk mengesan kanser servik.

Apakah rawatan yang disediakan?

Doktor akan memberi kaunseling kepada anda mengenai rawatan pilihan yang bersesuaian.
Biasanya, terdapat 3 jenis rawatan :
  • Pembedahan
  • Radioterapi
  • Kemoterapi
Keputusan rawatan bergantung kepada jenis sel kanser yang dikesan.
Bagaimana untuk mencegah kanser pangkal rahim?
Mencegah lebih baik dari merawat. 
Amalkan cara hidup yang sihat. 
Setia pada pasangan anda. 
Lakukan pap smear setiap 3 tahun. 
Jumpa anggota kesihatan dan lakukan ujian pap smear, jika masih belum dilakukan lagi.

 Apakah itu ujian Pap Smear?

  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Soalan Lazim
Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut? 
Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?
  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana lapuran akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
    • Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
    • Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
    • Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
    • Rawatan susulan
    • Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
    • Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

23 December 2010

Tidur Berbantalkan Dengan Lengan Suami

Semalam cinta ada trima emel... topik yang menaarik..jom same2 baca..huhuhuh

ehsan dari pak cik google

Tidur Berbantalkan Dengan Lengan Suami ........ 

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA -) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin. Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan. 

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang. Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif. 

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya, tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang, ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda. (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)...FAKTA....sirius.... 

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur. 

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah shave ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit aje bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita. 

so pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? 

Suami-suami semua, adakah anda shave licin ketiak atau biarkan berbulu? 
jangan ada bau asemmmm sudah leee


20 December 2010

Hampeh punya orang

pagi td cinta ada terima
4 sms dari no +62852133978
xtau no sape n dari mana...
sms plok mengarut jer...ni msg die

"Ini Ayah Tolng isikan kredit Mexis RM.30, 
ke number Phone baru Ayah,
0128412547 Ayah lgi ada mslah kat belai police, 
ta payah call kejap ayah call"

ni la msg die...biasa2 kite dpt sms cm "simcard anda telah memenangi hadiah berjumlah RM30000".
tp kali nie die tukar plk tektik..ingt kite sume nie percaye ker? hampeh tul la diorg nie...
xder keje lain agaknye... kepada rakan2, kite jgn mudah terpedaya dengan tipu helah diorg yg xbertanggungjawab nie...klu dpt sms cm nie, sila abaikan...


19 December 2010

terima kasih

salam

setelah sekian lama cinta bercuti, kini kembali bekerja...
last week ada la, mggu yg teramat menggembirakan hati cinta,
kerana...tanggal 10 Disember 2010, cinta sah menjadi milik mr.chocolate.
alhamdulillah....semua yang di rancang berjalan dengan lancar..

pada 11 Disember 2010, majlis resepsi di adakan di dewan sivik bukit payong, kepada dayang-dayang ku, Myra, Syu n Husni, ribuan terima kasih cinta ucapkan, cinta hargai bantuan korang...
sayang korang sgt2...

nanti bila gmbr sudah siap, cinta akan upload kt blog erk..tggu cameramen bg gmbr dulu...

01 December 2010

CARA MENGGEMBIRAKAN HATI ISTERI

Start cuti sekolah nie, bertalu-talu kenduri yang berlangsung, kekadang tu ader yg xsempat nk pegi...
kepada yg telah mendirikan masjid, TAHNIAH cinta ucapkan, dan kepada yang AKAN mendirikan masjid (like me...ahaksss ^_^), selamat menempuhi segalanya....

disni cinta nk berkongsi satu artikal yang menarik utk pasangan2 yg berkahwin, iaitu
CARA MENGGEMBIRAKAN HATI ISTERI

kepada suami-suami, anda perlu baca artikal nie, insyaallah isteri anda akan bertambah sayang pada anda:

1) Sewaktu anda hendak meninggalkan isteri untuk keluar dari rmh maka anda kucuplah didahi isteri anda.

2) Peluklah isteri anda ketika dia dalam keadaan marah. Selalunya hati yang panas jika kena cara pelukannya pasti si dia akan terdiam seketika.

3) Pujuklah si dia sekiranya si dia merajuk pasti hatinya terlalu lembut bak kapas jika di pujuk kene pada tempatnya pasti hatinya akan reda semula.

4) Jadilah suami yang romantik. Walaupun tidak tahu tapi anda harus mempelajarinya demi rmhtgga anda jua. Ingatlah rumahtangga yang romantik sebenarnya mempu memeriahkan kebahagiaan isi dalam sesebuah keluarga yang di bina.

5) Bantulah isteri tanpa dia menyuruh anda melakukan seesuatu perkara tersebut. Bukankah tolong menolong itu satu perkara yang di tuntut dalam agama islam. Anda membantu isteri anda, ibarat anda juga tak langsung telah meringankan bebanan kerjanya di rumah.

6) Sekiranya anda pandai dalam bab memasak, apa kata anda masaklah makanan yang istimewa buat isteri anda.

7) Tidur dan peluklah isteri anda rapat-rapat. Supaya isteri anda dapat merasakan yang dia selamat ketika berada dalam dakapan anda.

8) Opppsss...!!!! Jangan buat-buat lupa pada tarikh-tarikh istimewa dalam kamus hidup anda berdua. Terutama Tarikh lahir dia.

9) Sekiranya isteri anda bertanya beberapa soalan untuk mendapatkan pendapat dari buah fikiran anda, maka anda haruslah memberi jawapan yang iklas.

10) Sesekali urutlah isteri anda agar belaian anda itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kepenatan dia mengguruskan rumahtangga anda.

11) Lakukanlah perkara yang di sukai oleh isteri anda dan tinggalkan perkara yang dibenci olehnya.

12) INGAT! dia juga isteri punyai hati dan perasaan. Anda sebagai suami tidak digalakkan memerintah isteri anda sesuka hati sehingga die merasakan dirinya seperti tukang gaji. Jika anda meminta isteri anda membuat perkara itu ini, mmg la boleh, tapi pastikan intonasi anda itu tidak mengguris hatinya sebagai seorang wanita.

13) Sesibuk mana pn anda dan isteri, Pastikan waktu anda berdua jua perlu diselitkan dalam sehari.

14) Hadiahkanlah dia dengan sebarang bentuk barang seperti barang kemas, jambangan bunga, kasut, dan sebagainya sebagai tanda penghargaan anda untuk dia. Hadiah tersebut tidak semestinya mahal memadailah sekiranya hadiah tersebut boleh membuatkan dia berasa gembira sampai ke telinga itu pn sudah memadai

30 November 2010

Miss you too

Hari Ahad Yang baru-baru ni..
CInta menerima 1sms dari sepupu cinta..

"Kak, mung g doh ke keje?"

"Aku keje doh la, kang hari ni hari ahad, bakpe"

"Piya ey...sebut sokmo name mung..
kejap-kejap, "ma, piya nok tgk tat mie..(dengan ckp pelat)"
kejap-kejap, "ma, piya nok tgk tat mie..(dengan ckp pelat)""

"olololo....xper, kekgi mung bwk piya rmh aku, tido ngn aku xper.
hari khamis nie aku balik kmpung"

tetiba aku termenung sejenak, knp piya beria-ia nk tgk aku? sedangkan sebelum nie, klu die nk dtg rmh cinta, mesti die ckp, "nok g rmh tat wawa (dengan ckp  pelat)" wawa, adik bongsu cinta.
mungkin die pn rindu, die dh lama xdtg rmh cinta...

ini la piya..berumur 2tahun,.nie time die xder mood nk bergmbr, klu x, pose hbs la...

29 November 2010

Kejohanan Futsal Dan kebodohan seseorang

26.11.2010 Cinta menghadiri 1 mjls penyampaian hadiah Kejohanan Futsal Piala YAB Menteri Besar Tertutup bagi Puteri Umno Bukit Payong yang di buat kt Marang Village Resort & Spa.. Tahniah kepada para pemenang, Walaupun team Bukit Payong (Pengurus My mum ^_^) mendapat tempat ke-2, tp tahniah kpd mereka, mereka dh buat yg terbaik..

 antara pemain-pemainnya...cun melecun kn...

eksyen je nie...

Selepas penyampaian hadiah, cinta round2 bandar KT, pastu g lepak2 kt Pulau Warisan.. cantik sgt2...

tp sayang, dlm kecantikan dan keindahan yang ada, ada jgk, hamba2 Allah yang bersikap kurang ajar, biasa la klu lelaki jumpe pompuan, pe lagi.. piiweet sana...piiweet sini...awk sana...awk sini... xde adat langsung, lgsg xhormat org... kesnye cm nie... cinta n bdk2 nie duk lepak kt jmbatan gantung kt pulau warisan tu, ada la suara2 bdk kurang ajar tu usik2 kitrng, dh berbulu telinga kitrng..kitrng wat bodo jer, pastu, tetiba gelang yg cinta jatuh, pe lagi automatik cinta n the geng trun mencarinya..dh la gelap... bdk2 sewel kt atas still usik la.. pggl ktrng ngn nama2 yg mengarut..esoh. minoh, lela.. bodoh tul la manusia zaman skrg...xtau malu langsg. lps jumpe gelang cinta, ktrng trus balik... tgh2 jln, atas salah sorg bdk laki kt atas, ludah air liur, kotor betul la diorang nie...mujur xkene ktrng..

kepada bdk2 lelaki zaman skrg, korang selalu wat cm tu kt bdk2 pmpuan, korang bygkan adik2 korang kene cm tu kt bdk2 laki, apa perasaan korang, bdk laki skrg nie langsung xmatang. xde adat. xhormat org. klu seusia cinta nie pn diorg xhormat, cm ner nk hormat org tua.

kalaulah salah sorg terjumpe n terbaca belog cinta nie, cinta mintak maaf, kerana perangai korang la, cinta kua kan crite nie.biar korang sedar skit.

25 November 2010

Undangan Ratu Sehari

SALAM...


Setelah 6 bulan mengikat tali pertunangan, kini, Ms.Vanila & Mr.Chocolate akan disatukan..semoga penyatuan kami ini membawa keberkatan dan berbahagia hingga ke akhir hayat... Disini, Mr.Vanila Ingin mengundang kawan-kawan semua:-

Di jemput Kawan-kawan blogger n juga yang mengenali diri Mr.Vanila(Cinta), datang ke Majlis Perkahwinan Ms.Vanila & Mr.Chocolate Pada 11 Disember 2010 bertempat di Dewan Sivik Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu. Semoga kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan lagi majlis berkenaan...








Orang jauh dikenang-kenang,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenal kemudian bertunang,
Diatas pelamin sama bersatu

Ikan di laut asam di darat,
Dalam kuali bertemu jua,
Hati terpaut janji diikat,
Atas pelamin bertemu jua


08 November 2010

Lawatan Ilmu

4, 5 dan 6.11.2010, sekolah cinta telah mengadakan lawatan ilmu ke KL, 34org murid n 6org guru termasuk cinta... alhamdulillah program nie berjalan lancar walaupun ada sedikit salah faham antara kami, tp sume tu 1 pengalaman dan pengajaran... 1 tugasan yg besar cinta dan kawan2 guru yg lain tanggung iaitu menjaga anak org...bkn senang...klu anak kite sendiri xper...
meh cinta cerita sedikit sebayak pasal lawatan nie...

4 November 2010
ikutkan tentetif kami bertolak pukul 7pg, tp driver bas salah faham, die ingt bertolak mlm.. so, terpaksalah kami tggu, dlm 8.30pg bru la kami bertolak...sepanjang perjalanan, ada salah seorg bdk mabuk, muntah2... biasalah bdk2..Dlm jam5pm kami selamat samapi KL, tp nk cari hotel, aduhai..tuhan jer tahu, dh la jem, sabar je la...kul 7pm bru leh check in
pukul 8mlm, kami bertolak ke shah alam, nk g i-City. Jom layan gmbr kt i-City....









Kalau nak tgk byk lagi, tgk kt dlm FB..sume ada...

5 November 2010
kami bertolak ke KLCC, korang nk tahu kami bersarapan kt mana?tgk sini....
bestkn makan santai cm nie...mkn depan KLCC nie..hehhe. lepas mkn, kitorg masuk KLCC dlm 11.30 kitrg masuk Petrosains..mmg best..byk pengalaman yg tahu...cinta sendiri teruja..



xnak tahu ke knp gmbr nie leh jadi cm nie? sbnrnye...cinta tgh tggu rama-rama hinggap kt kepala cinta, bila die hinggap, cinta xsempat nk snap, die dh lari...sume nie iluminasi jer...canggih kn??




korang tahu knp student nie wat cm nie? ada something like pasir, bila kita tadah, die berkumpul kt tadahan kita 2..korang leh tgk warna hijau tu..tu la pasirnye


Dalam 2 1/2 jam kitrg timba pengalaman kt Petrosains...tiba masa nk g Aquaria KLCC..
duk Aquaria dlm 3jam...mmg seronok sgt2...mcm2 ikan leh tgk...teruja btl la...

keletihan bercampur kekenyangan...murid2 ditempatkan di bahagian menunggu

Cinta bru jer nk bergmbr ngn pemandangan kt belakang tu, tetiba ikan nie muncul tepi cinta..pe lagi bergmbr sakan la bdk2 nie.


ikan-ikan diberi makan..




memandangkan masa dh petang, kitrg pn nk bergerak balik...
mlm pegi shopping lak... hajat dihati nk beli brgan kawin, tp kegembiraan bertukar menjadi tangisan yg tnpa kesudahan...perselisihan faham antara ketua dan kami sume membangkitkan kemarahan yg luar biasa... sesetengah manusia nie ada yg tidak berfikiran profesional dan mementingkan diri sendiri. so kepada org yg membaca belog cinta nie...maaf yer..jgn mrh...

6 November 2010
kami bertolak ke Zoo Negara. tapi perasaan kami xsegembira sepertimana lawatan2 sebelum ni..
tp bagi memuaskan hati adik2ku, kami bawak jgk mereka ke Zoo...
  
Orang Utan nie berposing time kitrng nk ambk gmbr die.lucu la



ops..!! ape skodeng2 nie... adakah cinta dtg time musim mengawan? sbb kebanyakkan binatang kt sini sume berdua2an..





Dalam tgh hari kami bertolak balik....
7.30 mlm selamat smpai di perkarangan sekolah...

apa-apa pn...cinta nk ucap berbanyak2 terima kasih kepada sesiapa yg membantu secara langsung mahupn tidak langsung...pengalaman yg amat bermakna dlm diri cinta..TERIMA KASIH....

20 October 2010

SEMERAH MENTARI

 Beberapa mggu lepas, cinta n family pegi ke Kuala Selangor, coz my cousin kawen. Dia kawen ngn org perak, so, semalam cinta duk sana, hr sabtu bru pegi kawen die... cinta n fmlype lagi...pakat2 nk pakai bju merah...ambik kau...sume merah, xkira laki pmpuan, tua muda, bdk kecik pn merah gak...fuh...dasyat tul



nah..nie die SEMERAK MERAH...

Ni lagi best, ahli keluarga cinta, mak2 sedara, sume merah...
klu korang perasan, kain kami pkai, dari kain pelikat yg dibeli 1bandle..,
sume same, baju lak 1kayu....untung pn untung

kami dengan pengantin... syok gak sedondon nie....

17 October 2010

TAHNIAH...!!!!

Hari nie....hari yang menggembirakan cinta,
pagi tadi cinta terima 1 surat dari company cinta TESDEC, yang mengatakan:

MAKLUMAN PENYAMBUNGAN KONTRAK
PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT IAITU XXX XXXXX BT XXX XXXXXX. NOK/P: XXXXXX-XX-XXXX JABATAN TUAN, TELAH DIPERSETUJUI OLEH PENGURUSAN TESDEC SERVICES SDN BHD UNTUK DI SAMBUNG PERKHIDMATAN.

Alhamdulillah...cinta masih ada rezeki untuk berkhidmat sebagai EIO...
terima kasih kepada sesiapa yang sudi memberi kerjasama kepada cinta..
terima kasih juga kepada pihak pengurusan...
terima kasih sgt2....

so tahun depan nk skolah sini lagi ke x..hehehe
cinta dh sayang giler kt skolah nie...tp cinta terpaksa mengikut bakal suami cinta...
so..wait n see....

uhuk..uhuk....

wah...dh berdebu blog cinta....lama benor x jengok blog cinta nie...biasa la, bru2 nie skolah cinta tenet down, xtau r pasai per.... dlm 2mggu bru leh online, pastu, bertubi2 cerita nk kongsi ngn kwn2, tp, sumenya xsempat, byk keje nk perlu di buat....
tp xper....terima kasih la kepada sesape yg sudi jengok blog cinta yg dh berdebu nie....
insyaallah, lepas nie, cinta akan berblog kembali nyer...cuma, buat sebulan dua nie, cinta sibuk skit, biasa la, nk jd raja sehari..hehehe.... byk bnde lum siap prepare.
kong tggu cite dari cinta yer....
cinta akan kongsi satu persatu mulai hari nie k...
sayang korang sume....
korang selalu la dtg blog cinta, sapu debu2 dlm blog cinta nie....
6t cinta bg upah k....
upahnya, cinta akan klik nuff korang....n korang jgn tgk saje plk nuff cinta...
klik la mn yg patut k....

bye sume....cinta kembali lagi esook....bubye....
 
mmmmuuuuaaaaahhhhh.....!!!!!!!

29 September 2010

Hepi Besday My Viv


29 September 2010
Cukup 1tahun usia My viv.... xsangka dh 1tahun cinta bersama my viv.
Ni la Hasil titik peluh cinta, walaupun kecik, tp at least cinta telah mempunyai harta sendiri...hihihi...
Suka Duka cinta bersama My viv terlalu byk dlm masa 1tahun...
Alhamdulillah, My viv xada apa2 kecacatan lagi, cinta jaga die mcm nyawa cinta sendiri...
HEPI BESDAY MY VIV...!!!

20 September 2010

Suka Duka hari raya

SELAMAT HARI RAYA...

amacam ngn raya korang tahun nie? ok? atau KO? hehehe
hrp2 semua ok... cinta nk cite psl raya tahun nie..raya tahun nie ada yg suka ada yg duka... cinta cite yg suka dulu la erk..hehehe....yg sukanya...cinta dpt beraya ngn mr.chocolate...peewwiitttt... sape xsuka klu dpt beraya ngn org tersayang... 1st raya die dtg rmh cinta.. ikutkan plan cinta ikut die balik kemaman..tp ada masalah skit, terpaksa cancel...so, cinta n fmly g rumh die pada raya ke tiga, n cinta bermalam rmh die semalaman... raya ke 4 mr. chocolate ikut cinta balik rmh cinta, coz, ktrong nk pegi pejabat agama, nak uruskan pasal pernikahan kitrng... raya ke 5 pegi pejabat agama, ambik borang nikah n trus g klinik untuk buat ujian saringan HIV utk bakal pengantin, fasa 1 dh setle...tggu fasa lain plk..hehehe...

yang dukanya....
cinta terpaksa berpindah rmh... selama 23tahun cinta tggl rmh 2, tetiba terpaksa tgglkan rmh 2, sayu, sedey, nk tgglkan tempat cinta bermain...selama 4hari cinta n fmly mengankat barang..akhirnya, cinta tggl di rmh baru cinta... rmh baru ngn rmh lama xjauh, tp sedey sgt2 nk tgglkan rmh lama...tiap kali lalu depan rmh lama, nk menitis airmata... 1001 kenangan ada pada rmh tu, dengan sekelip masa ia musnah cm 2...nk wat cm ner, keadaan memaksa... kepada kawan2 yang mengenali cinta, kini cinta dh berpindah ke rmh baru, sape2 nk alamat rmh bru msg cinta dlm FB k...

Gambar rmh lama n rmh baru akan muncul..hrp bersabar yer....

07 September 2010

Salam Lebaran

Ramadhan semakin meninggalkan kita.... kini syawal datang menyeru kita...
terasa sedih utk meninggalkan bulan yang mulia ini, tp masa datang dan pergi jika tiba masanya...
syawal menghampiri, kini, orang ramai berpusu-pusu menyediakan dan membuat persiapan utk menyambut kedatangannya.... setiap pasaraya, mesti bersesak2...apatah lagi di jalan raya..berkilometer jem...
mggu nie mggu hangat membeli belah...dan juga mggu nie,...org dh start cuti pulang ke kampung...
cinta gak yg sedih...kene keje smpai hr khamis nie, so, hbs kje hr khamis nie bru leh blik kmpg, kmpg cinta xder la juah sgt, dlm sejam lebih smpai r rmh..tp dlm keadaan sesak mcm nie, mesti dlm 2jam bru smpai kmpg....
nasihat cinta kepada kawan2 yang nk pulang ke kampung, drive elok2... jgn rushing... ingat fmly kt kmpg, walaupun lmbt sampai, tp kite sampai dengan selamat...
 
di kesempatan ini, cinta ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
jika sepjg cinta berblog ini, ada yang menyinggung perasaan kawan2 semua, cinta mohon maaf,
kepada keluarga, cinta menyusun 10 jari, memohon maaf...
kepada insan yang cinta sayangi, MR. CHOCOLATE... vanila minta maaf jika vanila ada terkasar bicara di sepjg perhubungan kita... buang yang keroh ambil yg jernih...vanila mau raya sama chocolate...:) 0-0 k...

02 September 2010

Kisah Sabahat

ehsan dari pak cik google

Ini sebuah kisah tentang 2 orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir.
Ditengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya.
Orang yang kena
Tampar, merasa skit hati, tapi dengan tanpa berkata-kata, dia menulis di atas pasir:

HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU.

Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, dimana mereka memutuskan untuk mandi.
Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya, mencuba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takut sudah hilang
Dia menulis di sebuah batu

HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.

Orang yang menolong dan menampar sahabatnya bertanya, “kenapa setelah saya melukai hatimu, kau
Menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?”
Temannya sambil tersenyum menjawab. “ ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di
atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapuskan tulisan tersebut.
Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita,
agar tidak akan hilang tertiup angin .”
Dalam hidup ini sering timbul perbezaan  pendapat dan konflik kerana sudut pandang yang berbeza.
Justeru itu, cubalah ntuk saling memaafkan dan lupakan masalah lalu. Belajarlah menulis di atas
pasir

10 August 2010

Bulan Yang ditunggu sudah tiba



"Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna....."
itu la salah satu rangkap lagu yg femous klu bulan ramadhan, nk nyanyi lagu raya lmbt agi...
di kesempatan ini, cinta & chocolate ingin mengucapkan 
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa 1001 keberkatan dan kenikmatan pada kita sume...

jangan ada yang nak memonteng pose plk erk... xbaik tau...
jalani la ia dengan penuh kesabaran...

korang ingt ke blum niat pose, maklum la setahun sekali pose...
meh sini same2 baca...




Niat puasa ramadhan :


nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi
ta’aalaa 



Niat berbuka puasa :


allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya
arhamarrohimin 
Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku
dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih
dan Penyayang”

SELAMAT BERPUASA...!!!

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails