27 July 2011

Duit Syiling Siri Baru

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan siri ketiga duit syiling baharu bermula tahun depan.
Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata duit-duit syiling baharu yang dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen diinspirasikan daripada ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan kaya negara.

siri duit syiling baharu ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.

Duit syling berwarna kuning dan perak ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.


gambar duit syiling baru
ihsan dari Malaysiakini

perbandingan duit syiling yg sekarang dengan yg bakal dikeluarkan nanti....cantik kn....
ihsan ohduniaku

Cantik kn....xsabar nk tgk...2012 kua la duit syiling nie... bagi pengumpul duit, satu lagi item yg blh dimasukkan dlm album u ol...walaupun cinta baca byk yg membangkang pengeluaran duit syiling baru nie..tp hrp2 itu bkn alasannya untuk Bank Negara goyah ngn kata2 diorg..hehehe


petikan dari Malaysiakini

No comments:

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails