11 August 2011

Teknik Membaca Berkesan

TEKNIK MEMBACA PQRST

Sistem PQRST adalah satu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson, H. Alan dalam buku mereka yg bertajuk "Improving Reading In Every Class".

Berikut adalah 5 langkah yg menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fakiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah "Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?" Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan2 tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)
Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbuklan itu. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat membantu proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yg dibaca.

(d) Self-Recitation (Mengimbas Kendiri)
MENGIMBAS KENDIRI ialah satu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yg anda telah baca. Tujuan utamanya ialah mengingat semula apa yg anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.

(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah hbs membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea drpd bab yg baru anda baca itu dpt anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yg telah anda pelajari ke dlm ingatan jangka panjang anda.

Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST. masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingtan anda.



2 comments:

miZz_nizZ said...

gud tips!hehe

Princessgathis a.k.a CinTa said...

mizz_nizz

same2 la tingkatkan ilmu membaca yer...

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails