18 September 2011

PUDING ROTI BUTTERSCOTCH KAREMEL

baru-baru nie cinta teringin nk mkn puding karemel nk beli cm xcukup, lastly cinta godek2 tenet, tanya pak cik google terjumpe la satu resipi yang menarik minat cinta..cinta dh lupa webxite @ blog mana cinta terjah...byk sgt mencari..cuma ini cinta jatuh hati...
cinta mmg hantu puding karemel, cinta pn try la wat sendiri..sedap tau..huhu(puji diri sendiri) mrs.choclate pn ckp sedap.. kembang semangkuk i kene puji..kui3.. jom salin n try resipi nie...

PUDING ROTI BUTTERSCOTCH KAREMEL
BAHAN KAREMEL:
3 sudu besar gula*
3 sudu besar air*
*Panaskan gula sampai gula cair, tuangkan air dn kacau hingga gula yang berketul menjadi cair. Lepas tu  tuang dalam loyang.

BAHAN B:
Roti Butterscotch (carik-carikkan - di syorkan untuk adunan ini 1 @ 2 keping roti sahaja)
3/4 cawan susu cair
1/4 cawan susu pekat
2 biji telur (pukul dgn garfu dan tapiskan)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung kastad

CARA PENYEDIAAN:
1) Kisar ke semua bahan di atas hingga hancur.
2) Tapiskan untuk buang buih(Kalau ada buih, puding akan berlubang-lubang)
3) Tuang ke dalam loyang yang berisi Bahan Karemel tadi.
4) Kukus dalam 20-25minit(jangan kukus terlalu lama, puding akan jadi keras)
5) Bila dah sejuk, terbalikkan
SIAP untuk dihidangkan..sesetengah org suka makan bila kua dari peti ais, tp cinta suka makan time suam2..best tau...

selamat mencuba..:)



::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails