21 November 2011

Pecal Buah Macang

Salam...
korang sume sihat??? hari nie cinta nk berkongsi 1 resepi. resepi nie fresh dari turun temurun, my mum yg ajar cinta wat makanan nie, mula2 cinta xtau ca ne rupenye, lps masak je, cinta org pertama mkn, mmg best la...tetiba jatuh hati kt makanan nie...meh kite pakat2 cuba... cinta panggil buang ni buah macang, tapi ada sesetengah org panggil buah nie buah bacang..tak tau la yg mana satu..janji ia anak beranak mempelam
klik untuk tumbesaran
PECAL BUAH MACANG @ BACANG

Bahan-bahan
2 Biji buah macang (di cincang @ parut halus2)
1 sudu kecil kerisik
3 cawan santan (jgn terlalu pekat)
3 ekor ikan selayang
3 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
sedikit lada hitam *
garam dan perasa

* ditumbuk hingga halus

Cara Penyediaan
1) Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam. kemudian perisikan isi ikan dan tumbuk lumat.
2) Masukkan santan ke dalam periuk. kemudian masukkan bawang yg telah di tumbuk.
3) Masukkan kerisik, kacau hinggan larut dan gunakan api yang perlahan.
4) Masukkan isi ikan, garam dan juga perasa, kacau tanpa henti sehingga mendidih.
5) Elakkan masuk buah macang ketika medidih, kerana nanti buah macang akan lembik, tak sedap. cara hidang, ambil sedikit buah macang yg telah di parut letak dalam mangkuk dan  siram dengan kuah santan tadi. sedap dimakan bersama nasi panas dan budu...kikihiih...

SELAMAT MENCUBA...!!!!!


2 comments:

nurkaloi said...

wahh best best

Princessgathis a.k.a CinTa said...

nurkaloi..
cuba la..best sgt2...cinta mmg dh jatuh cinta kt mknan nie...

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails