21 February 2012

Ayam Masak Kicap Lada Hitam


ALOHA...!!
entry kali nie cinta lebihkan bab2 masak memasak plk, bkn pe, sementara tunggu mr. chocolate balik mkn, cinta snap2 la, kononnye nk wat koleksi je, tetiba terfikir plk nk kong si ngn kawan2 sume... tak salahkan?? cinta nie bkn la reti sgt masak memasak nie, org cakap, KALAU TAK CUBA TAK TAU. betul x? so, tak salah klu kita cuba, yang menjadi mengkritik setia ialah mr.chocolate la.. kritik bende yang baik xper, nanti blh dibaiki...betul tak.? ape nie yang cinta melalut, meh sini cinta kongsi 1 resepi.


Resepi nie cinta tgk dlm blog kegemaran cinta, Mat Gebu thanx ye mat gebu, sedap sgt, my hubby pn puji sedap....

Resepi : Ayam Masak Kicap Lada Hitam
Sumber : Mat Gebu

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka saiz yang korang nk. cuci kasi bersih n toskan.
2 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 biji cili merah - belah 2 @ ketuk
2 biji kentang - hiris sederhana tebal dan rendam
3 ulas bawang putih - dititik
1/2 halia - hiris
1/3 cawan kicap manis
2 sudu besar sos lada hitam
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/3 cawan air


Cara Penyediaan:
1. Gaul ayam dengan sedikit kunyit dan garam, perap 20minit dan goreng, tapi jangan sampai garing. kasi goreng embal2 saje. Angkat dan toskan. Kentang tadi ditoskan dan goreng hingga kuning keemasan dan toskan.

2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halis kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan sos lada hitam dan ayam. Gaul rata. Tuang air dan masukkan kicap manis, kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga pekat.

3. Tambah bawang besar, cili belah dan kentang, gaul rata. Masak hingga pekat atau berkuah. yang nie terpulang pada masing-masing. sedia untuk makan...

p/s: klu korang ada nampak serai dlm gambar tu, cinta saje je letak serai tu...kihkihkih

2 comments:

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails