20 February 2012

Udang Masam Manis Berserai

Hari2 dah cinta masak, dah tak tau nk masak apa lagi, pegi pasar tgk ikan pn dh xlalu, hr nie makan udang la plk. Dalam kepala nie duk terfikir, xtau nk masak apa.. Sampai je rmh still xtau lagi nk masak apa, nk wat udang masak merah mcm dh biasa, olah la skit... jom tgk olahan dari cinta nie. menu yg biasa2 je, tp janji terangkat...



Resepi : Udang Masam Manis Berserai

Bahan-Bahan:
1/2 kilo Udang
5 biji bawang merah-kisar
3 biji bawang putih-kisar
2 batang serai
3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili boh - klu nk pedas tambahkan lagi
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 cawan air asam jawa
sedikit gula melaka-jangan masuk berketul2, leraikan dia.
garam, gula dan perasa

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau. masukkan cili boh. masak hingga sedikit pekat.
2. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, gula melaka kacau hingga sekata.
3. Masukkan air asam jawa. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan garam, perasa dan gula mengikut sesedap rasa anda. Bila semua dh sebati, masukkan serai, daun limau purut dan udang. Biarkan hingga masak tetapi jgn masak sangat, tkt udang tu over cook plk. kemudian blh la di hidangkan dengan nasi yang panas.

No comments:

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails