22 May 2012

AL-USTAZ THE BEST..!!!

Assalamualaikum...
Di pagi yang mulia ini, di bulan yang penuh keberkatan ini, cinta nk ucapkan selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa di bulan Rejab ini. Banyak pahala kalau kita berpuasa di bulan Rejab nie. Alhamdulillah kepada sesiapa yang memanfaatkan bulan Rejab ini dengan amalan berpuasa.

Hari ni cinta bukan nak berleter pasal puasa, cinta nak kongsi dengan kawan-kawan semua dengan 1 naskah buku nie, memang terbaik dari ladang la... buku tu berjudul al-ustaz. Buku ni amat berfaedah, macam-macam kita boleh tahu dalam buku ni. kene dengan trademark buku nie, ANDA MUSYKIL ISLAM MENJAWAB. first time cinta baca buku nie, hati cinta betul-betul dah jatuh cinta. cinta dapat buku nie dari kawan cinta, kidnap jap..hehehe. teringin pulak nak langgan buku macam nie.. banyak ilmu kite dapat dalam buku nie... ada pasal Hukum, Aqidah, Ibadat, Motivasi, Al-quran & As-Sunnah dan macam-macam lagi la... rugi klu siapa yang tak baca. Terbitan dari Telaga Biru. Syabas.

 "AL-USTAZ BERPEGANG PADA PRINSIP MEMANFAATKAN PERSAMAAN DAN BERLAPANG DADA TERHADAP SEBARANG PERBEZAAN PENDAPAT, KAEDAH SERTA HUJAH DARIPADA PELBAGAI ALIRAN DAN DISIPLIN ILMU PARA ILMUWAN ISLAM DENGAN MENGUTAMAKAN SEMANGAT UKHUWAH ISLAMIAH YANG TINGGI"

 


17 May 2012

SeLaMaT HaRi GuRu

Selamat Hari Guru 2012

Semua orang tau 16 Mei adalah hari guru. Di kesempatan ini cinta nk ucapkan selamat hari guru kepada semua guru yang pernah mengajar cinta dari sekolah rendah hingga sekarang... kepada guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bukit Payong(1994-1999), Terima Kasih cikgu..jasa cikgu amat cinta hargai... Kepasa guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai(2000-2002), Terima Kasih Cikgu, time nie cinta byk wat perangai, mana taknye, bdk baru meningkat dewasa..cuci tandas dh jd rutin rasenye..kihkihkih, tp cikgu tak pernah jemu mendidik kami... Kepada Guru Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu(2003-2004), Terima Kasih Cikgu, Di sini cinta banyak mengenali erti kehidupan sebab dapat duk hostel, berdikari. guru-guru di jurusan pengurusan perniagaan, cinta sayang cikgu semua.. walaupun kalian semua terlalu garang, tapi cinta suka belajar dari kalian semua. Kepada Lecturer Multimedia College Eastern 1st Bacth(2005-2007), Terima Kasih Cikgu, Walaupun time belajar tu cinta tak berapa bagi tumpuan, tapi kalian semua xmarah, kalian semua sabar...terima kasih.. Kepada Lecturer SPIKE (2008) Thanx a Lot... walaupun kite hanya 4bulan bersama, tapi ilmu dari kalian amat berguna hingga ke hari ini... terima kasih....

16 Mei 2012 = tempat kerja cinta Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman, telah membuat sambutan hari guru peringkat sekolah. amat meriah. cinta salah seorang Ahli Kelab Guru & Kakitangan. Cinta bersyukur sangat2 dapat kerja kat sini, berada di kalangan pendidik2 negara. Di kesempatan ini cinta nk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru SK Seri Kemaman. Kesabaran dan ketabahan kalian semua amat cinta kagumi... tahniah CIKGU....
Tema majlis kali nie Merah + Hitam. cinta tak mengancam sgt, tp cikgu2 yg muda2 tu..mak ai...kalah nk masuk anugerah bintang popular. diorg nie bkn ape, maklum la ada anugerah baju paling glemor, 1bulan preparation untuk baju saje tau, kelasss ko....Kau Aderrrrrr????? tapi ape2 pn memang hepi sgt2.... terima kasih atas kerjasama kalian semua....:)




SELAMAT HARI GURU....
TERIMA KASIH CIKGU.

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails