17 March 2013

Honey Roasted Chicken

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia...

Kali nie Cinta nak share resepi yang best-best, rugi tau tak cuba. Sebagai seorang isteri yang bekerjaya tiada halangan bagi Cinta teruskan minat Cinta pada masakan. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, time Cinta muda-muda dulu, Cinta paling malas nak masak, bukan setakat malas, tapi tak pandai pun nak masak. Sikit-sikit tu boleh la...kalau bab gulai mengulai memang Cinta failed...:) TAPI sekarang nak kata teror tu tak la, budak baru belajar...hehe...jom try resepi yang mudah dan ramai yang sukakannya.... time pasar malam selalu beli ayam madu. kali nie try wat sendiri, licin hingga menjilat jari...


Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
1/2 biji limau nipis/lemon
5 sudu makan madu ( kalau tak ada madu- gantikan dengan gula +- 4 sudu)
6 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu serbuk cili
6 sudu kicap masin
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk daun rosemary *kalau tak ada tak apa.

Cara Penyediaan:
bersihkan ayam,
Gosok dengan lemon/limau nipis.
Kalau tak nak potong kecil, bahagian dada dan peha ayam dicucuk dengan garfu supaya perapan meresap dan ayam cepat masak. .
Gaul sebati rempah perapan.
Lumur hingga rata dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
Panggang ayam di dalam ketuhar ( suhu 160c selama 30 minit- bergantung kepada ketuhar anda...)
Nak lagi best, panggang menggunakan dapur arang
Gunakan pencucuk satay untuk memeriksa (mencucuk bagi memastikan samada ayam benar-benar masak).

Lebihan perapan tadi tak perlu dibuang
masukkan ke dalam periuk dan campurkan sos cili serta sedikit air.
Masak sehingga pekat.

Keluarkan ayam dan curahkan sos tadi ke atasnya..
Sedia untuk dihidang.

cuba, jangan tak cuba...best sangat-sangat...:)


No comments:

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails