19 March 2013

Jelly Milky Puding

Fenomena Angry Bird memang femes di kalangan semua orang, tak kita kecik besar tua muda mesti ada yang menyebut pasal angry bird.. first time cinta dengar angry bird. best sangat ke game tu? cool ker? syok ker? skali cinta layan game tu, ambik kau...rumah pun tak sempat nak menyapu...hehe. Mr.Chocolate pun same, weekend je terus layan angry bird...itu dulu la, sekarang nie dah tak layan. tak der faedahnya nak layan semua tu...

Alang-alang sebut pasal angry bird pagi-pagi nie, aritu cinta ada buat satu puding, warna die macam angry bird, tak berniat pun nak buat cam tu, mr.chocolate yang panggil puding tu PUDING ANGRY BIRD. nak tau puding ape?



Bahan Puding Susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
4 cawan susu cair
1/2 cawan air

Bahan Jelly:
1 bungkus jelly serbuk Konnyaku
200 gm gula pasir (kurangkan utk kurang manis)
1000 ml air
pewarna hijau, oren, ungu dan biru

Cara-cara :
1. Sediakan acuan yang sesuai dan basahkan sedikit dengan air dan ketepikan.
2. Masak jelly serbuk seperti yang disaran dalam bungkusan dan kacau sehingga mendidih. Bahagikan kepada 4 bahagian dan letak pewarna yang digemari. Biarkan sejuk dan dipotong kiub, ketepikan.
3. Masak pula puding susu dengan api sederhana dan kacau sentiasa sehingga mendidih. Angkat.
4. Letak sebahagian potongan jelly kiub didalam acuan, sendukkan perlahan-lahan adunan puding susu diatasnya, biarkan sekejap hingga permukaan puding susu berkulit sedikit.
5. Letak lagi potongan jelly di atas puding susu dan tuangkan perlahan-lahan lagi puding susu dan ulang proses tersebut sehingga adunan puding susu yang terakhir menutupi keseluruhan jelly. Tunggu hingga pudding suam sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. Hidangkan ketika dingin.


SELAMAT MENCUBA...


that why la ia dipanggil puding angry bird..warna menawan hati...hehehe tapi sedap...janji kurangkan manis...



2 comments:

eray said...

salam kenal ya, cantiknya puding awak :D

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/harga-mealshake-shaklee-beli-harga-ahli.html

SK Ayer Jerneh said...
This comment has been removed by the author.

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails