18 March 2013

Kentang Oregano

Skali skala pekenakan western sedap jgk kan... tapi cinta nie tak la reti sgt western-western nie, nak makan pi kedai order je, sonang... Cinta teringin sangat nak makan spegeti bolognese, tapi suami plak tak suka bende alah tu, katenya muak n tak kenyang... nak wat simple western tak? jom kat sini...


Bahan-bahan:
Kentang (dibuang kulit dan di rebus)
1/2 bawang holland *potong dadu
lobak merah *potong memanjang
brokoli
tomato *potong dadu
lada hitam *tumbuk kasar
secubit oregano
secubit garam
mentega

Cara penyediaan:
1. Kentang yang dah di rebus hingga empuk, di toskan.
2. Panaskan pan, cairkan sedikit mentega dan goreng kentang hingga keperangan.
3. Masukkan bawang, lobak merah & brokoli. masukkan secubit garam. Bila sayur dah sedikit layu, masukkan tomato, serbuk lada hitam, dan oregano.
SIAP UNTUK DIHIDANGKAN..



Cinta rebus kentang nie malam, pagi-pagi buta masak, boleh bawak bekal pi kerja. kenyang sangat...


No comments:

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails