18 March 2013

Macaroni Goreng

Time balik kampung je adik-adik mesti sruh si kakaknya masak..aduhai, siap request lagi nak itu ini, tak pe la demi adik-adik...walaupun kepenatan masih menguasai diri... Terasa plak nak melantak macaroni, tapi tak nak terlampau western. so, ambk keputusan wat ala-ala asia gitu.. Kali nie Mr.Chocolate tak ada, dia ber'camping' dengan kawan-kawan kat Cemerong, Dungun. So dia hantar la cinta nie balik kampung, bimbang jgk duk rumah sorang-sorang.

Hah...apa lagi jom masuk dapur....

tau kenapa cinta gunakan macaroni jenama Kimball? sebab jenama lain perasaan nie was-was je..huhu.. berjaga-jaga lebih baik, maklum la zaman sekarang nie merata-rata makanan non-halal....


BAHAN-BAHAN:
250g makaroni
200g daging ayam / seafood
1/2 ulas bawang besar – dicincang
2 ulas bawang putih – dicincang
4 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1/2 biji capsicum
2 biji cendawan butang
1 batang cili merah
Garam dan gula
Minyak masak

CARA-CARA:

1.Rebus makaroni sehingga lembut. Gaul dengan sedikit minyak zaitun dan sedikit garam kemudian toskan.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, kacau hingga sekata. Masukkan sos tomato, sos tiram, dan capsicum. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan daging ayam/seafood dan kacau sehingga hampir masak.
5. Masukkan cendawan, cili merah, cili hijau dan makaroni. Kacau hingga sekata.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Siap untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA..:)


No comments:

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails