18 March 2013

Tutorial Bunga Kertas


Salam... ramai kawan-kawan yang minta Cinta ajar tentang kraf, nak kata Cinta ni kreatif tak der la...Cinta pun google jgk..Minat yang datang secara tiba-tiba sejak 2 3 tahun lepas membuatkan Cinta semakin ghairah nak mendalami tentang kraf. Cinta pernah buat beberapa kraf, contohnya bunga, quilling, ribbon dan lain-lain...tu pun atas kerajinan jugak la... Dan kali nie Cinta nak tolong ajar kawan-kawan. Cinta dh wat tutorial tentang bunga, boleh la korang ikut tutorial tu, klu tak fhm tanya tau...

tutorial nie untuk bunga dibawah yang belum cantum... bunga yang dh bercantum tu tunggu tutorial next time yer...hehehe...

jom layan hasil kerja Cinta selama ini, walaupun simple, tapi penuh makna...:)

Spongebob..!!! cute tak. yang ni Cinta wat untuk maskot rumah kuning kat Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya, Setiu.


Quilling-quilling nie semua cinta buat masa majlis persaraan seorang guru cina di Sekolah Kebangsaan Seri Kemaman. cool kan..hehehe. Gambar quilling yang paling atas special skit, sbb frame tu cinta wat dengan kertas jgk tau. belakang cinta tampal dengan multiboard kasi keras.

quilling yang paling bawah yang terbaru fresh lagi..hehehe. Quilling ni cinta wat last week untuk majlis mesyuarat agung PIBG 2013. just untuk VIP ok...hehehe..

 Yang bola cute muit nie cinta wat sbb terlampau bosan duk kat opis. mejoriti orang dah tau mcm mana nak wat bola-bola nie kan...sbb kat sekolah pun ada cikgu2 yang ajar? ke nak cinta ajarkan jgk? hehehehe

 Gambar nie masa cinta kt SK Lembah Jaya, Setiu. majlis hari raya, so cinta wat satu backdrop di hiasi dengan bunga-bunga...ramai berebut nak berposing ngn backdrop nie... gambar nie 2010, bru nie cinta tnya kawan cinta yang kerja kat sekolah tu die cakap, bunga tu dh lunyai sbb ramai yang pinjam untuk deco time ada majlis...hehehe

 tada....recycle. yang nie cinta wat tabung sendiri. ambik botol minuman yang kosong, pastu hias dengan bulatan dari pembalut hadiah. kalau larat korang buat la yer... sampai sekarang cinta gunakan tabung nie untuk menabung. tua-tua pun still boleh menabung tau...

ribbon... yang nie cinta wat masa majlis anugerah pelajar last year. untuk VIP jgk, cinta wat simple sbb nak cepat...tapi ok la kan..:)


jangan lupa singgah ke page cinta


No comments:

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails