16 April 2014

Program "Saya Sayang Kerajaan"

Kali nie memang betul2 menyepi dari dunia blog, teringin jugak ingin berblog kembali, tapi masa tak menentu, kadang-kadang sibuk, kadang-kadang free. Berkenaan dengan tajuk entry kali ni "SAYA SAYANG KERAJAAN". Cinta tau apa yang korang sedang fikirkan sekarang

"dia nie memang org kerajaan"
"program macam nie pn ada ke"
"kelakarnye tajuk program"
"macam tak de program lain"
bla...bla...bla...

kalau nak ikut kan kata orang, sampai mati orang tak kan pernah berhenti bercakap. Sebelum kata itu, ini, hayati inti pati program, baru nak kata itu, ini. bagi cinta, program nie amat berguna, ia bukan sahaja membuka mata kita dari sudut politik dan perkembangan semasa, tetapi sebagai seorang anak melayu dan warganegara Malaysia, cinta amat berbangga dengan adanya program seperti ini.

Program yang diadakan di Sumai Hotel Apartment Kuala Terengganu

Hotel yang best...boleh layan jiwa mengadap pantai (Laut China Selatan). udara......eerrrrmmmmm...tak berapa nak ok kot, sbb time nie ada pembangunan apartment dan tambak laut di sekitar hotel. tapi yang penting hotel nie BEST.

Dalam program nie ada LDK (Latihan Dalam Kumpulan). dalam LDK, kita dapat meluahkan dan mengenali jati diri kita sendiri. kerjasama dan satu padu antara kami makin erat...

Kumpulan 5
Megat Panji Alam

Kami dari sekolah-sekolah berlainan, tetapi hubungan kami erat dengan adanya program ni...


salah satu hasil perbentangan dari kumpulan...:) idea yang bernas, isi yang padat...
gud job frenz...

Anak-anak muda..ayuhlah kita membangunkan negara dengan corak pemikiran yang teguh dan tetap. Bangunkanlah anak-anak melayu kita dengan semangat patriotik yang membara dalam diri masing-masing, jangan sekadar semangat dibibir.

MASA YANG PALING PENTING ADALAH MASA SEKARANG
ORANG YANG PALING PENTING ADALAH ORANG DIHADAPAN KITA
AMALAN YANG PALING PENTING ADALAH AMALAN BAIK

No comments:

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails