25 August 2015

Garlic Bread


First time buat roti. Sebab obsess dengan garlic bread. Setiap kali nak makan garlic bread, mesti pergi Pizza Hut. Pokai kalau kerap ke situ oi... search punya search terjumpa resepi yang senang dan menarik perhatian, saya ambil resepi ni dalam facebook.

Tak pernah-pernah menguli roti, dulu pernah buat roti pizza je. tu pun jenuh tunggu nak makan... Alhamdulillah resepi roti pizza yang saya cuba dulu pun menjadi, lembut sangat. nanti saya post resepi pizza pulak ye. kali ni kita try garlic bread dulu.

Time ni saya buat masa balik kampung rumah tok. Tok pun kata sedap (Kembang di puji mak oi)... seisi rumah kata sedap, buat 1 loyang tak cukup. Bunyi je oven "TING" terus mengadap, licin 1 loyang. nak buat lagi, tapi dah malas nak menguli.



GARLIC BREAD
sumber: facebook



Bahan untuk doh roti:

3 cawan tepung gandum
1 paket yis (jenis mauripan)
1 cawan air saum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar olive oil

Bahan untuk Garlic Spread:

2 cawan daun ketumbar (cincang)
1 1/2 sudu besar butter
5-6 ulas bawang putih (tumbuk hancur)

Cara Penyediaan:

  1. Sedaikan garlic spread dulu. Campur semua bahan garlic spread, kacau rata. ketepikan.
  2. Untuk doh roti. Satukan yis dan gula dalam air suam, ketepikan biarkan ia berbuih.
  3. Dalam bekas yang lain, satukan tepung dan garam, masukkan campuran yis tadi sikit demi sedikit sambil menguli, uli sampai semua bersatu.
  4. Masukkan olive oil, uli doh hingga menjadi elastik.
  5. Tutup doh dengan kain lembab selama 45 minit, doh akan kembang 2x ganda.
  6. Bila doh dah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin. uli sekejap. bahagikan 2 atau 3 bahagian. Canai 1 bahagian (Macam nak buat biskut raya. Jangan terlampau nipis, jangan terlampau tebal) sapu garlic spread, gulung dan potong bagi sama besar, susun dalam loyang yang telah di gris dengan mentega. susun sampai habis.
  7. Rehatkan ia dalam 15 minit sebelum bakar. Ia akan mengembang, biarkan ia mengembang 1x ganda.
  8. Selepas 15 minit, sapu garlic bread dan tabur balance daun ketumbar dan sapu dengan kuning telur.
  9. Bakar selama 30 minit atau hingga masak pada suhu 170c - 180c


NOTA RESEPI:

* Kalau buat musim hujan, roti kurang mengembang, caranya panaskan oven selama 10 minit. biarkan oven tu sekejap dalam 2 minit. kemudian dah agak-agak suam tu masukkan doh yang telah di tutup dengan kain lembab oven tadi.


No comments:

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails