27 August 2015

Homemade Pizza

Assalamualaikum...

Ingat tak baru-baru ni saya ada bagitau nak share resepi pizza, now, saya akan kongsi resepi pizza. Jujur saya cakap, Kalau ikut resepi ni confirm roti pizza tu lembut dan gebu. saya dah banyak kali try buat menggunakan resepi ni, alhamdulillah hasilnya memang SUPERB..!!!

Resepi ni saya ambil dari kakak ipar saya. Mula-mula nak buat tu takut tak menjadi, tapi cubaan kali pertama terus menjadi.. Jangan malu untuk minta resepi atau untuk menimba ilmu..ilmu tak kan datang sendiri tanpa kita mencarinya.

Resepi kali ni saya sertakan beberapa TIPS dan NOTA RESEPI untuk rujukan rakan-rakan semua.





HOMEMADE PIZZA


Bahan untuk doh pizza
1 sudu teh gula
1 peket yis kering (saya guna jenis mauripan)
2 sudu teh extra-virgin olive oil
sedikit garam dan lada sulah
2 1/4 cawan tepung roti (atau dikenali sebagai tepung high protein)
1 Cawan air suam (1/2 cawan air panas + 1/2 cawan air suhu bilik)

Cara penyediaan

  1. Masukkan air suam ke dalam mangkuk, masukkan sedikit gula kemudian taburkan yis. Kacau rata dan biar hingga naik buih. ketepikan. Kalau tak berbuih sampai sudah, tu tandanya yis dah tamat riwayat.
  2. Whisk olive oil dan garam ke dalam campuran yis.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan sudip kayu. Masukkan tepung sikit-sikit sehingga habis.
  4. Uli doh hingga adunan tidak melekat di jari, jika masih melekat tambah tepung sikit-sikit.
  5. Sapu mangkuk lain dengan olive oil dan letakkan doh yang telah dibulatkan ke dalam mangkuk tersebut. Brush lightly the dough with olive oil. Cover mangkuk dengan plastik wrap atau kain lembab. Set the dough at the warm place, later i'll give the tips how to set a warm place for your dough. Rehatkan selama 45 minit hingga doh menjadi 1 kali ganda saiz asal.
  6. Setelah 45 minit, tumbuk doh untuk keluarkan angin. dan rehatkan lagi selama 30 minit.
  7. Selepas 30 minit, bahagikan doh mengikut saiz yang dikehendaki.


Bahan untuk sos tomato:
3 sudu besar olive oil
3-4 bawang putih dicincang
3 biji tomato dikisar dengan sedikit air
1 biji tomato di dadu
1-2 sudu teh oregano
1 sudu besar cili kisar

Cara Penyediaan:
  1. Masukkan olive oil dan bawang putih, tumis hingga naik bau - tak perlu panaskan minyak terlebih dahulu.
  2. Masukkan cili kisar, tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan tomato yang di dadu, biarkan hingga layu. Api jangan kuat sangat.
  4. Masukkan oregano
  5. Masukkan tomato kisar, perasakan dengan garam dan lada sulah. renihkan hingga airnya kering.

TIBA MASA UNTUK BUAT PIZZA YANG ENAK LAGI GEBU
  1. Uli doh yang telah dibahagikan di atas kawasan yang telah ditabur dengan tepung. ratakan. Sapu pan pizza dengan olive oil. pindahkan doh yang leper ke atas pan pizza. Kalau mana yang tak ada pan pizza, letak je atas tudung periuk atau loyang
  2. Cucuk-cucuk doh pizza tadi dengan garfu supaya dia tidak menggelembung sewaktu pembakaran. sapu permukaan doh dengan olive oil. Tabur oregano @ rosemary kalau suka la
  3. Bakar di dalam oven di rak paling tengah dengan api atas bawah pada suhu 200c. Bakar selama 10-15 minit, jangan bakar lama sangat, cukup sekadar kelihatan keperangan je.
  4. Keluarkan base piza yang telah dibakar, sapu sos pizza (sos tomato tadi). Letak topping yang digemari. Taburkan Cheese. Masukkan ke dalam oven 2-3 minit atau hingga cheese completely melt! saya guna mozarela cheese.

TIPS & NOTA RESEPI:

TIPS 1:
Untuk topping, sediakan terlebih dahulu, contoh, kalau nak guna udang, sotong, rebus dahulu dan toskan.

TIPS 2:
Kalau ditakdirkan musim-musim hujan nak makan pizza, mesti lah risau doh tak naik kan? cara saya, panaskan oven 150c selama 10 minit. Selepas dah cukup 10 minit biarkan dalam 2-5 minit. Kemudian dah agak-agak suam tu masukkan doh yang telah di cover dengan plastik wrap tadi. Biarkan hingga doh kembang setaman





26 August 2015

Hawflakes Steamed Cake


Sejujurnya sebelum ni rumah saya tak ada oven. Jadi kalau nak buat apa-apa menu kek mesti cari yang jenis kukus atau pun olah resepi sikit supaya sesuai untuk di kukus. Tapi sekarang dah ada oven, boleh la try macam-macam resepi lepas ni.

Saya faham perasaan surirumah yang tak ada oven tapi hati memberontak nak buat kek. Saya ada banyak resepi kek kukus, insyaallah saya akan update dari masa ke semasa.

Kali ni saya nak share satu resepi kek kukus iaitu Hawflakes Steamed Cake atau dalam bahasa melayu Kek Asam Manis Kukus.



HAWFLAKES STEAMED CAKE


Bahan-bahan:

325 gm mentega (1 1/2 cawan)
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis (potong halus)

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan loyang berukuran 8inc
  2. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Pukul mentega dan gula hingga sebati
  5. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga sebati.
  6. Masukkan esen vanilla dan teruskan pukul.
  7. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang, Tutup loyang dengan aluminium foil.
  9. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang sederhana atau sehingga kek masak dengan sempurna


Kek yang di kukus lebih moist dari yang dibakar. Tetapi rasanya sedap....

Vanilla Panna Cotta With Strawberry Sauce


Repost

Dessert ni saya buat dah lama. Saja nak kongsi kat blog. Dah lah masa ni saya fully diet..gila kau diet-diet makan dessert, kelaut la jawabnya. Diet ni tak leh nak straight sangat, kadang-kadang kita kene reward diri kita. Cara saya reward kan diri selain shopping adalah makan. Masa ni dah 2kg lost, so reward dessert la.

Resepi ni dah lama saya simpan, tapi tak berkesempatan nak buat. Kali ni baru ada masa, kena dengan masa my besday... lagi la bersemangat.. Dah la tak suka berleter panjang lebar..




VANILLA PANNA COTTA WITH STRAWBERRY SAUCE


Bahan-bahan:

1 sudu besar geletin (pastikan yang halal ye)
2 1/2 cawan susu segar
4 cawan air
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:

  1. Larutkan geletin dalam air. Biarkan dia mengembang.
  2. Panaskan susu, gula dengan api yang perlahan hingga terbit buih-buih halus tepi periuk dan tutup api.
  3. Masukkan larutan gelatin dalam susu. Masukkan esen vanilla. kacau hingga larut.
  4. Tuang dalam bekas dan masukkan dalam peti ais. Biarkan dia set lebih kurang 6-7 jam, semalaman pun lagi ok.

Strawberry Sauce

2 cawan buah strawberry (potong nipis tetapi jangan hancurkan)
2 sudu besar gula
Sedikit perahan lemon


Cara penyediaan

  1. Campur semua bahan dan masukkan dalam peti ais. Lebih kurang semalaman atau lebih untung keluarkan jus dia. Lagi baik buat sehari atau 2hari sebelum.
Bila semua dah ready, curahkan strawberry sauce atas panna cotta tadi. sedap di makan time sejuk. nyamannya..





Puding Kacang Merah

Puding ni saya buat time weekend. Ada cerita di sebalik puding kacang merah ni. Asal-asalnya, kacang merah ni diberi oleh rakan sekerja. Saya bekerja di sekolah. salah sorang cikgu ni tersalah beli kacang. Dia nak mengajar murid pasal pertumbuhan taugeh, sepatutnya beli la kacang hijau, tapi dia kata tangan dia tercapai kacang merah. Sampai kat sekolah baru perasan dia salah beli kacang. Dia bagi la kat saya sebab saya ni suka buat dessert dan bawa ke tempat kerja. That why la terjadinya puding ni. Nasib baik Guru Besar sporting..sama naik dengan anak buah layan dessert. kadang-kadang dia sendiri tanya "tak de dessert ke hari ni". Dan setiap kali ada jamuan atau majlis, saya la muka AJK Makanan bahagian dessert. Alhamdulillah, kita ikhlas bagi orang makan, insyaAllah rezeki akan bertambah.

Kalau tak silap saya resepi ni saya ambil blog Kak ita Masam Manis. Teruja kalau tengok blog kak ita ni, dia bunga menu semua best-best. gambar-gambar dia menyelerakan. Good Job kak ita...

Gambar kali ni comot sikit, biasa la diserbu oleh rakan-rakan sekerja.



PUDING KACANG MERAH
sumber: Azlita Masam Manis



Bahan-bahan:

1 1/2 cawan kacang merah (rebus sampai empuk)
1 paket agar-agar serbuk (10gram)
1 liter air
1 cawan air
1 tin susu cair (kalau nak gantikan dengan santan pun boleh)
2 sudu besar tepung jagung
Pewarna pink
Daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Ambil 1/2 cawan kacang merah yang telah empuk dan ratakan dalam acuan.
  2. Blend baki kacang merah bersama susu cair, tepung jagung dan sedikit pewarna pink. Ketepikan.
  3. Campurkan serbuk agar-agar, air, gula dan daun pandan dalam periuk dan masaj hingga hancur dan sebati. (jangan tunggu daun pandan tu hancur pulak, 4 tong gas belum tentu daun pandan hancur...hihi)
  4. Sendukkan 1/2 cawan adunan agar-agar tadi ke atas kacang merah di dalam acuan. Ketepikan dan biarkan ia mengeras sedikit.
  5. Sementara itu, campurkan kacang merah yang di blend tadi ke dalam adunan agar-agar dan masak hingga mendidih.
  6. Tuang kacang merah tadi ke atas adunan no 4. Pastikan adunan agar-agar tadi keras sedikit sebelum tuang kacang merah. Jangan tuang laju-laju, slow-slow je. Ini untuk jadikan puding kita menjadi 2 lapisan.
  7. Sejukkan dalam peti, Sedap di makan ketika sejuk.




Oreo & Kiwi Fruit With Cream Cheese

Assalamualaikum...

Dessert lagi.. sesungguhnya tengah cuaca panas ni sedap sejukkan tekak dengan dessert. Alang-alang buah kiwi ada dalam peti ais, pastu terjumpa resepi dessert kiwi + oreo. Macam menarik, try buat memang menarik kebabom. Berebut dengan en.suami..nasib baik standby buat dua bekas.

Ada yang tanya boleh ke tukar buah lain.. terpulang la kat korang nak tukar buah apa..bagi saya buah yang sesuai buah yang masam-masam sikit, sebab cheese dah manis. Nanti manis + manis potong kaki la jawabnya..



OREO AND KIWI FRUIT WITH CREAM CHEESE


Bahan-bahan:

250gram cream cheese (saya guna jenis Tatura)
1/2 cawan plain yogurt
1/2 cawan gula kastor (kurangkan sikit pun tak pe)
1/2 cawan susu segar
Buah kiwi segar
Oreo Crushed

Cara Penyediaan:

  1. Pukul cream cheese, susu segar, gula kastor hingga lembut dan berkrim
  2. Masukkan yogurt dan pukul sebati.
  3. Isi oreo crushed dalam bekas dan isi cream cheese, kemudian susun buah kiwi, lapis pula dengan oreo. Ulangi sampai bekas penuh.
  4. Masukkan dalam peti, biar dia set.
  5. OK. Siap. Makan sejuk-sejuk...


25 August 2015

Garlic Bread


First time buat roti. Sebab obsess dengan garlic bread. Setiap kali nak makan garlic bread, mesti pergi Pizza Hut. Pokai kalau kerap ke situ oi... search punya search terjumpa resepi yang senang dan menarik perhatian, saya ambil resepi ni dalam facebook.

Tak pernah-pernah menguli roti, dulu pernah buat roti pizza je. tu pun jenuh tunggu nak makan... Alhamdulillah resepi roti pizza yang saya cuba dulu pun menjadi, lembut sangat. nanti saya post resepi pizza pulak ye. kali ni kita try garlic bread dulu.

Time ni saya buat masa balik kampung rumah tok. Tok pun kata sedap (Kembang di puji mak oi)... seisi rumah kata sedap, buat 1 loyang tak cukup. Bunyi je oven "TING" terus mengadap, licin 1 loyang. nak buat lagi, tapi dah malas nak menguli.



GARLIC BREAD
sumber: facebook



Bahan untuk doh roti:

3 cawan tepung gandum
1 paket yis (jenis mauripan)
1 cawan air saum
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar olive oil

Bahan untuk Garlic Spread:

2 cawan daun ketumbar (cincang)
1 1/2 sudu besar butter
5-6 ulas bawang putih (tumbuk hancur)

Cara Penyediaan:

  1. Sedaikan garlic spread dulu. Campur semua bahan garlic spread, kacau rata. ketepikan.
  2. Untuk doh roti. Satukan yis dan gula dalam air suam, ketepikan biarkan ia berbuih.
  3. Dalam bekas yang lain, satukan tepung dan garam, masukkan campuran yis tadi sikit demi sedikit sambil menguli, uli sampai semua bersatu.
  4. Masukkan olive oil, uli doh hingga menjadi elastik.
  5. Tutup doh dengan kain lembab selama 45 minit, doh akan kembang 2x ganda.
  6. Bila doh dah kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin. uli sekejap. bahagikan 2 atau 3 bahagian. Canai 1 bahagian (Macam nak buat biskut raya. Jangan terlampau nipis, jangan terlampau tebal) sapu garlic spread, gulung dan potong bagi sama besar, susun dalam loyang yang telah di gris dengan mentega. susun sampai habis.
  7. Rehatkan ia dalam 15 minit sebelum bakar. Ia akan mengembang, biarkan ia mengembang 1x ganda.
  8. Selepas 15 minit, sapu garlic bread dan tabur balance daun ketumbar dan sapu dengan kuning telur.
  9. Bakar selama 30 minit atau hingga masak pada suhu 170c - 180c


NOTA RESEPI:

* Kalau buat musim hujan, roti kurang mengembang, caranya panaskan oven selama 10 minit. biarkan oven tu sekejap dalam 2 minit. kemudian dah agak-agak suam tu masukkan doh yang telah di tutup dengan kain lembab oven tadi.


Dim Sum Versi Melayu


Assalamualaikum

Kepada suri rumah yang pening memikirkan menu minum petang, apa kata cuba resepi ni. sumpah senang gila nak buat. tapi kena ada tahap kerajinan yang tinggi la.. kalau malas tak dapat nak nolong. resepi ni saya dapat dalam facebook, dia panggil UNCANG DUIT. Menu ni sesuai untuk dijadikan minum petang atau snack untuk mengunyah depan TV.

Kenapa saya panggil DIM SUM VERSI MELAYU?

Sebab, kalau dim sum versi original dia kukus, orang melayu kan suka goreng menggoreng. so, that why i letak nama "VERSI MELAYU" (jangan ambil hati ye). Malas cakap banyak..jom try:




DIM SUM VERSI MELAYU
sumber: facebook

Bahan-bahan:
Kulit popia saiz kecil (kalau korang beli yang saiz besar, potong 4 la)
Daun kucai secukupnya. digunakan untuk mengikat kulit popia. rendam sebentar dengan air panas

Bahan-bahan inti:
Isi ayam hancur (kalau rajin blend isi ayam, kalau malas, beli yang dah siap kat kedai)
Lobak merah dipotong dadu kecil
Kobis dihiris nipis dan halus
Bawang merah dipotong dadu kecil
Lada Sulah
Secubit Garam

Cara Penyediaan:

  1. Satukan semua bahan-bahan inti. Rasa mengikut citarasa anda. Kalau tawar tambah garam, nak pedas boleh letak cili padi.
  2. Ambil sedikit inti dengan menggunakan sudu ke dalam kulit popia dan ikat dengan daun kucai (daun kucai cepat putus, semoga bersabar ye)
  3. Kemudian, panaskan minyak. Pastikan minyak yang banyak hingga dim sum ni tenggelam ketika menggorengnya.
  4. Bila minyak sudah panas, perlahankan api. goreng hingga kekuningan. api jangan besar sangat, sbb kulit popia cepat hangus. 
  5. Siap untuk di hidangkan..hidang bersama sos cili



24 August 2015

Mee Calong

Saya kenal mee calong ni lepas kawen, sebab my husben duduk area kemaman, terengganu dan kami selalu ke kuantan. Dia la perkenalkan mee calong. lepas tu beli buku resepi 1 Hari 1 Resepi, ada la resepi mee calong dalam buku tu, try la kot-kot menjadi, alhamdulillah hampir sama. Makan panas-panas memang meletop.




MEE CALONG
sumber: Buku Resepi 1Hari 1Resepi

Bahan A:
1 rangka ayam untuk stok sup (potong kecil)
1 bungkus mee kuning (dibersihkan dan dicelur)
2 pokok daun sup (hiris)
1 batang lobak merah
3 pokok sawi (dipotong pendek)
3 biji cili merah (hiris)
minyak masak
garam
air

Bahan B (ditumbuk):
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam

Bahan C (Untuk sos Kicap)
10 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap cair
*tumbuk halus dan kacau dengan kicap cair

Bahan D (untuk calong)
1/2 cawan isi ikan selayang (ditumbuk)
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 sudu besar tepung jagung
garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Isi ikan digaulkan dengan lada hitam, tepung jagung dan garam. buatkan bebola kecil.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga wangi.
  3. Masukkan air dan biarkan mendidih
  4. Masukkan garam, tulang ayam dan masakka sehingga mendidih
  5. Apabila mendidih, asingkan tulang ayam tadi dan masukkan bahan D
  6. Masukkan lobak merah dan biarkan mendidih perlahan-lahan
  7. masukkan sawi dan kacau.
  8. Apabila sudah mendidih, tuangkan bahan sup ke atas mee yang sudah di celur.
  9. Tabur daun sup dan cili yang sudah dihiris
  10. Hidangkan dengan sos kicap

NOTA RESEPI:

*Bahan calong itu boleh juga digantikan dengan bebola daging







Triffle


Dah femos sangat trifle ni tapi nak post jugak. nak share jugak. tak nak cakap banyak. jom try resepi ni.



TRIFLE 

Bahan-bahan:

2 biji kek gulung
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastad
1 tin buah-buahan campuran (asingkan air dan buah)
sedikit gula
1 kotak jelly jenama NONA
1 tin air (ikut sukatan tin)

Cara Penyediaan:

  1. Susun kek dalam bekas.
  2. Air buah campuran tu di siram atas kek. jangan siram macam siram pokok bunga pulak, cukup sekadar lembabkan kek sahaja.
  3. Bancuh tepung kastad dengan air. Bila susu dah mendidih, masukkan tepung kastad sedikit demi sedikir hingga pekat tapi lembut.
  4. Tuang atas kek.
  5. Tabur buah campuran tadi. ketepikan.
  6. Masak jelly seperti arahan pada kotak.
  7. Tuang atas adunan.sejukkan

NOTA RESEPI:

* didihkan susu sehingga keluar buih-buih halus ditepi periuk sahaja. jangan didihkan sampai mendidih betul-betul.

* selalu kacau tepung kastad, jangan biar ia berketul.

SELAMAT MENCUBA






Ketam Bercili Resepi Ibu Mertua


Alhamdulillah...dapat resepi ni dari ibu mertua. resepi yang simple je. tapi bila makan tak sempat nak toleh kiri dan kanan. Saya ni alah pada seafood, tapi sekarang ni dah langgar pantang, telan semua jenis seafood. Masakan ni feveret si suami. asal beli ketam je mesti suruh buat menu ni.

Satu je kelemahan saya time makan ketam ni, tak pandai nak ambik isi, selalu suruh si suami yang ajarkan caranya. sampaikan kami beli benda alah ni:



senang ada benda alah ni.. tak payah nak gunakan tenaga gigi yang tak berapa nak kuat ni. Saya cari benda alah ni kat Daiso. harga RM5.30 (+GST). Kepada pencinta ketam @ Lobster boleh la cari benda alah ni. Nak pecahkan kacang pn boleh, lebih-lebih lagi buah berangan.



KETAM BERCILI
Sumber: Ibu mertua saya sendiri


Bahan-bahan:

1 kilo Ketam
3 batang serai - dititik
3 sudu besar air asam jawa
3 sudu besar cili boh (kalau nak pedas boleh blend skali dengan cili padi)
gula dan garam secukup rasa

Bahan Kisar:

5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh. masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan serai. Kemudian, masukkan ketam dan air.
  4. Masukkan garam dan gula. bairkan ketam masak sepenuhnya.
*saya suka kuah dia kering. biarkan seketika untuk keringkan kuah.




Puding Caramel Butterscotch


Saya pencinta Dessert. Ada je menu dessert mesti akan buat, nasib baik si suami makan dan layan juga dessert-dessert ni. kadang-kadang dia yang bertanya "xde dessert ke hari ni?". kalau mood rajin buat la dessert. tapi yang pastinya dessert yang saya buat kurang manis, sebab kalau terlampau manis tak best jugak. Jadi kena la kawal-kawal kemanisan tu. Lebihkan manis di senyuman tak pe.

Kalau puding caramel ni majoriti yang suka kan. Nak beli bukan main mahal lagi, tak dan puas makan dah habis. Ambik peluang buat sendiri. makan sampai puas hati. Kali ni saya terjumpa resepi Puding Caramel Butterscotch. Sekali lagi saya mohon maaf sebab tak tau sumber ni daya dapat dari blog mana. Kalau ada tuan empunya resepi ni terbaca entry ni, terima kasih atas resepi ni ye. puding ni dia letak roti butterscotch.

Ehsan dari pak cik google



trademark facebook tu, facebook bisnes saya. kalau rajin boleh la singgah. dah lama tak update. tapi still working. klik SINI.


PUDING CARAMEL BUTTERSCOTCH



Bahan-bahan:

Bahan A:
3 sudu besar gula*
3 sudu besar air*
*Untuk dijadikan caramel
Panaskan gula hingga cair dan kekuningan, tuang air kacau hingga tidak berketul. tutup api dan tuang dalam loyang. ketepikan.

Bahan B:
2 keping roti butterscotch
2 biji telur (kacau dan tapiskan)
3/4 cawan susu pekat (kurangkan untuk kurang manis)
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar tepung kastad

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
  2. Kisar ke semua Bahan B sehingga sebati. Guna blender je.
  3. Tapis adunan untuk mengelakkan puding berlubang.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang berisi caramel tadi.
  5. Bila kukusan dah panas, kukus puding selama 30 minit. Bila dah masak, sejukkan
  6. Bila puding dah sejuk, telingkupkan.
SIAP..

Jangan bimbang kepada sesiapa yang baru nak belajar masak tu, resepi yang saya bagi ni semua simple dan sedap.




Kentang Oregano


Ambik kau...western hari ni.. ko hado.. berkepuk-kepuk update blog. Hari ni nak update pasal resepi je.. kita makan, makan, makan, baru la hidup ni ceria kihkihkih. Resepi ni saya ambil dari buku resepi 1 Hari 1 Resepi. Sedap dimakan time lunch. saya buat resepi ni konon-konon nak diet tapi hampeh. nak nasi juga. tapi tak di nafikan resepi ni memang senang dan sedap. Healthy lagi.



KENTANG OREGANO
sumber : Buku Resepi 1Hari 1Resepi

Bahan-bahan:

4-5 biji ubi kentang (buang kulit dan rebus sampai empuk)
1/2 biji bawang holland *potong dadu
Lobak merah *potong memanjang
Tomato *potong dadu
Brokoli
Lada hitam *tumbuk kasar
secubit oregano
secubit garam
mentega

Cara Penyediaan

  1. Kentang yang dah direbus sehingga empuk dan ditoskan.
  2. Panaskan pan, cairkan sedikit mentega dan goreng kentang hingga keperangan.
  3. MAsukkan bawang, lobak & brokoli.
  4. Masukkan secubit garam. Bila semua sayur dah sedikit layu, masukkan tomato, serbuk lada hitam dan oregano.
SIAP. simple kan. tak sempat berpeluh makanan dah siap. tiada lagi alasan malas untuk ke dapur.

#lebihkan sayur dalam makanan



Honey Roasted Chicken



Salah satu makanan kegemaran. Usaha mencari resepi. Sebenarnya resepi ni dah lama dapat. dan dah lama buat. tapi baru nak post dalam blog sebab dah lama tinggalkan blog. tak ada masa nak menjengguk blog, busy dengan kerja, busy nak uruskan hal semasa.. ada kesempatan saya akan update blog... rasanya dah hampir setahun tinggalkan blog ni. munculnya hari ni nak berkongsi tentang resepi yang pernah saya cuba. alhamdulillah menjadi. maaf sangat, sebab saya dah lupa kat mana saya cedok resepi ni. apa-apa pun berterima kasih kepada sesiapa yang menyumbangkan resepi beliau..saya cedok je ye...hehehe.

hari ni nak berkongsi resepi HONEY ROASTED CHICKEN..sorry sumber asal tak tau dari mana...


HONEY ROASTED CHICKEN

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
1/2 biji lemon
5 sudu besar madu (kalau tak ada madu gantikan dengan +-4sudu besar gula)
6 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar serbuk cili
6 susu besar kicap masin
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk daun rosemary (kalau tak ada tak apa)

Cara Penyediaan:


  1. Bersihkan ayam.
  2. Gosok dengan lemon. Kalau taj nak potong kecil-kecil, bahagian dada dan peha ayam dicucuk dengan garfu supaya meresap dan ayam cepat masak.
  3. Gaul sebati rempah perapan. perap sekurang-kurangnya 2 jam. lagi lama lagi sedap.
  4. Panggang ayam di dalam ketuhar, suhu 160c selama 30 minit - bergantung kepada ketuhar anda. nak lagi best panggang menggunakan dapur arang.
  5. Gunakan garfu untuk memastikaan samada ayam benar-benar masak.
  6. Lebihan perapan tadi tak perlu dibuang. masukkan ke dalam periuk dan campurkan sos cili serta sedikit air. Masak hingga pekat.
  7. curah atas ayam yang dah masak

Resepi ni juga sedap kalau buat BBQ. lagi pedas lagi terangkat..

SELAMAT MENCUBA



::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails