15 February 2016

PART 4: OUR JUNIOR JOURNEY (RESULT TVS)


APA ITU TVS?

TVS atau nama medical TRANSVAGINAL SCAN. alat seperti tongkat dimasukkan ke dalam faraj untuk menghantar gelombang bunyi dan mengumpulkan refleksinya. Ia digunakan secara lebih kerap pada awal kehamilan apabila rahim dan tiub follopio berada lebih hampir dengan faraj berbanding permukaan perut.
Ni la gambaran TVS.. Ada yang tanya sakit ke tak, sakit tu tak de la sangat, tapi senak tu ada la..hihi. yang penting kena relax dan tarik nafas panjang-panjang.

Ini alat dia..



29 Oktober 2015
            TVS adalah untuk melihat saiz telur kalau dalam bahasa hospital follicular tracking. TVS ni akan dibuat pada hari ke-12 period, dalam kitaran subur jgk la. Lepas di scan, saiz telur saya tak cukup matang lagi, so, doc suruh saya datang balik scan pada hari ke 15 period.

            Lepas scan hari ke 15 period, saya punya telur saiz 13mm, doc cakap belum cukup matang untuk lakukan IUI procedure. Kalau saiz telur dalam 18 – 20mm dia akan proceed untuk IUI. Jadi, doc tambahkan dose CLOMID dari 50mg ke 100mg.

Klinik Pakar O&G HSNZ... 


29 November 2015
            Sekali lagi saya lakukan TVS scanning. Tapi masih tak ada berita baik. Telur masih belum cukup matang. Masa ni saya dah hampir give up. Mana taknya hampir setahun berulang alik ke hospital. Suami yang bagi semangat supaya teruskan mungkin ada hikmah disebalik semua ni.

            Disebabkan penat untuk berulang alik ke hospital, saya mintak doc hold kan dulu. Doc cakap ok jgk, bagi masa sy bertenang. Mungkin terlalu stress memikirkan semua ni. Jadi saya ambil keputusan untuk continue my follow up pada bulan 1 2016. Sementara tu, doc bagi saya CLOMID untuk membantu saya. Kali ni doc naikkan dose paling tinggi 150mg. doc cakap akan ada sikit effect lepas ambil ubat ni sbb dose terlampau tinggi. Memang ada effect. After saya ambil CLOMID 150mg, kepala pening dan rasa loya. Bagi mengatasi masalah ni, saya minum air masak dengan banyak.

Part seterusnya, hampir ke IUI procedure… yyeeeaayyyy


14 February 2016

PART 3: OUR JUNIOR JOURNEY


22 April 2015
            Di klinik O&G HSNZ, saya ambil peluang untuk bertanyakan dengan lebih detail tentang PCOS ni. Doc menerangkan sebab dan factor yang menyumbang kepada PCOS. So, doc sarankan saya melakukan operation. Dalam operation ni, doc akan buat ovarian drilling and dye test. Tujuan operation ni dilakukan adalah untuk drill kilang telur supaya PCOS ni tak menghalang proses pengeluaran telur. Dye test plk, tujuan untuk melihat tiub folopio saya.

Ni cara dia buat pembedahan ovarian drilling. untuk yang nak tgk dengan lebih jelas, tgk dalam youtube.


14 Jun 2015
            Dah kena warded awal-awal. Tarikh operate 16/6/15, tp doc suruh masuk awal sbb nak scan and briefing psl bius. So berkampung la saya kat sana selama 4 hari. Aktiviti sebelum operate adalah...makan..tidur..makan..tidur... hihi



16 Jun 2015
            Tiba masa untuk operate. Tipu lah kalau tak nervous, semangat makin kuat lepas tgk semua family terutama my husben bagi sokongan. Dalam jam 2 ptg saya dimasukkan ke dewan bedah dan diberi bius penuh. Sedar tak sedar saya dh berada di katil ward time tu dah malam. Sakitnya hanya tuhan yang tahu, mungkin ubat bius dah hbs. Terasa ngilu kat bahagian perut. Keesokan harinya, saya dah boleh discharge, yeeeeaaayyy boleh balik rumah. Saya berpantang jgk, sbb kita tak tahu keadaan kat dalam macam mana kan.


Ahli keluarga setia menunggu depan dewan bedah. bau tak sakit pinggan diorg mengunggu.. dari kul 2pm smpai 4.30pm bru keluar dari dewan bedah.

Terima kasih awak sebab sentiasa berada di sisi saya.. dan awak jgk yang angkat saya ke bed di ward after operation.. katanya mengalir airmata dia lepas tgk saya tak sedarkan diri tapi airmata saya keluar. saya masih mamai lagi masa tu. yang saya dengar suara2 ahli keluarga, nak menyampuk tak boleh sbb tak sedar sepenuhnya lagi. dalam pukul 8.30 baru saya sedar sepenuhnya..saya masih tgk awak di sisi saya. terima kasih awak.

Discharge time...!!!! yeeeaayyyyyy dapat rehat kat rumah... TQ nurse2 yang cantik dan baik hati...


23 September 2015
            Follow up after operation, Alhamdulillah, doc cakap xde masalah, so doc continue dengan ubat CLOMID 50gm. Lepas tu doc nak buat TVS untuk tgk saiz telur, sama ada matang ke belum. Sementara tu, sebelum balik, saya ke bilik IUI procedure untuk jumpa dengan nurse. Tujuannya saya nak mintak dia terangkan secara detail tentang IUI ni. Nurse tu mmg bagus dengan cara penerangan dia. Terang dan jelas.

            Mesti korang nak tahu ada effect tak after operate ni. Apa yang berlaku pada saya, memang ada effect, effectnya, seminggu sebelum period, saya akan berasa sakit di bahagian rahim. Rasanya macam kita senggugut, tp ia akan berlarutan selagi tak period, doc suruh saya makan ubat tahan sakit, saya biarkan je. Tak kan la setiap kali sakit nak telan ubat. Tahan je la..

Part seterusnya saya akan cerita tentang result TVS saya….

PART 2: OUR JUNIOR JOURNEY (Temujanji dengan Klinik Pakar O&G)


23 Julai 2014
Pada sesi temujanji pertama ni, tak banyak yang dilakukan, doc cuma ambil semua keterangan kita, dari luar sampai ke dalam kelambu. Time ni tak yah nak malu-malu, kita datang untuk rawatan, nanti kalau kita tak ceritakan semuanya, susah untuk doctor dan juga kita.
            Ok, disebabkan kami tinggal di Dungun, doc sarankan kami refer ke klinik pakar O&G di Hospital Dungun. Ok jgk, sebab dekat sikit.

13 Oktober 2014
            Di Hospital Dungun, doctor bagi saya ubat untuk lancarkan period. Nama ubat tu PROVERA (untuk lancarkan period). Doc bagi untuk 2 bulan. Tapi saya makan skali je pastu period datang secara normal dan tarikh tetap, Alhamdulillah. Bila period dah ok, doc bagi ubat subur jenis CLOMIPHENE atau biasa kita panggil CLOMID, ubat ni makan time period hari ke-2 hingga hari ke-6. Dalam masa yang sama, saya kana ambil darah untuk Day-2 dan Day-21. Si suami dah ambil sample air mani dan dah dihantar ke makmal. Part suami dah settle.

8 Disember 2014
            Masih lagi temujanji di Hospital Dungun. Lepas di scan dan check up apa yang patut, doc cakap saya ada PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Apa itu PCOS? (baca kat bawah, saya ada terangkan sikit pasal PCOS ni). Lepas saya dapat tahu yang saya ada PCOS, saya terus buat research pasal PCOS. So, dari situ saya mula diet. Saya agak chubby, after struggle untuk diet, saya dapat turun sebanyak 5kg sahaja, dh cukup memadai buat masa tu. Doc refer balik ke O&G HSNZ untuk next planning. Part seterusnya lagi best……………………



APA ITU PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)?

     Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat lebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolestorl. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR PENYAKIT PCOS?
  • Kitaran haid yang tidak teratur. Apabila haid datang kerapkali ianya berpanjangan dan banyak.
  • kegemukkan atau obesiti
  • Kencing manis
  • Kolestrol tinggi
  • Kemandulan
  • Ketumbuhan bulu0bulu yang berlebihan seperti lelaki
KENAPAKAH PESAKIT PCOS SUKAR HAMIL?

     Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan contohnya hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.



RUJUKAN:


PART 1: OUR JUNIOR JOURNEY


Sebelum saya kongsikan pengalaman saya dalam rawatan IUI ni. Saya akan ceritakan serba sedikit tentang perkahwinan saya. Saya dan suami kenal dari sekolah menengah masa tu form 4(2003). Tapi kitorang xde la bercinta beria-ia, just frend sebab time tu saya nak focus pada SPM. Setelah sekian lama terpisah after SPM. Kami terjumpa balik dalam facebook. So, dari situ kami mula berkawan dengan lebih rapat. Alhamdulillah tak lama lepas tu kami mengambil keputusan untuk bertunang dan berkahwin. Kami dinikahkan pada Disember 2010. Masuk tahun ni dah 6 tahun.

Setiap perkahwinan mesti mengimpikan cahaya mata. Tapi rezeki bukan milik kami. Bertubi-tubi soalan dan pertanyaan dari keluarga dan kawan-kawan. Bukan kita minta semua ni terjadi semua ini dugaan dariNya.

Tahun pertama pernikahan kami, kami masih lagi tak membuat apa-apa rawatan (tradisional mahupun moden). Masuk tahun ke-2, saya start mengamalkan rawatan tradisional. Di mana sahaja tempat yang orang bagi tahu saya pergi ikhtiar, masih tiada rezeki. Pada masa ini jugak period saya terganggu hampir setahun tak period. Mau tak rungsing. Tahun ke-3, kami mengambil keputusan untuk berehat dari mengamalkan mana-mana rawatan dan bebas dari segala ubat dan supplement.

Setelah lama kami berehat, tahun ke-4 kami mulakan balik, tapi kali ni saya hanya ambil supplement untuk lancarkan period. Alhamdulillah ada peningkatan walaupun period tu dating 2 ke 3 bulan sekali. Dan kebetulan bulan 5 2014 adik ketiga saya bersalin, masa tu saya kat kampong. Sorang nurse datang untuk check up baby. Nurse tu la yang bagi cadangan kepada saya untuk melakukan rawatan kesuburan. Beberapa hari lepas tu, saya ke klinik kesihatan untuk mengetahui procedure rawatan tersebut. Semua berjalan dengan lancar, doctor pun bagi penerangan yang terang lagi jelas. So, doctor sarankan saya lakukan IUI procedure. Doctor adakan temujanji dengan O&G Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu (HSNZ).


Ok… jom kita masuk part 2 untuk pengalaman saya untuk melakukan IUI Prosedure. 

::U Follow Me, I Follow u Back::

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails